Harian Metro

Yang menakjubka­n!

-

Hujan Gondwana Australia iaitu hutan hujan subtropika terluas di dunia.

Terkenal dengan keindahan air terjun serta denai hutan lebih 160km, anda pasti terpesona dengan kepelbagai­an ekosistem yang jarang ditemui.

Anda juga berpeluang berjalan di atas jambatan gantung sambil menikmati alunan muzik alam yang cukup menakjubka­n di O’Reilly Tree Top dengan laluan pejalan kaki sepanjang 180m serta terdiri daripada sembilan jambatan gantung setinggi 15m dari aras tanah.

Menyusuri laluan kanopi ini, tanpa dikenakan bayaran atau had ketinggian, anda seisi keluarga berpeluang menemui bunga orkid epifit, paku-pakis serta unggas dan haiwan yang menghuni puncak pokok.

Setelah puas menikmati pemandanga­n menghijau, hidangan makan malam di O’Reilly’S Canungra Valley Vineyard pasti memberikan satu pengalaman yang mengujakan.

Terletak di tebing Canungra Creek, pedalaman Gold

Coast, O’Reilly’S Canungra Valley Vineyard ini adalah kebun anggur khusus untuk menikmati makanan dan wain.

Anda yang merancang menerokai kehijauan Gold Coast, AirAsia X terbang dari Kuala Lumpur ke Gold Coast dengan tambang sehala dari RM499. Untuk Premium Flatbed ‘all-in’ untuk sehala adalah dari RM1,599.

Tempahan boleh dilakukan sekarang hingga 31 Mac 2017 dan waktu penerbanga­n juga bermula sekarang hingga 31 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ?? TAMAN Negara Lamington.
TAMAN Negara Lamington.
 ??  ?? BINNA Burra.
BINNA Burra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia