Harian Metro

Gold Coast

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Percutian alam semula jadi di Gold Coast, Australia lebih mengujakan apabila menawarkan dua taman negara unik dengan hanya 40 hingga ke 60 minit dari pusat bandar.

Bagi yang merancang bercuti bersama keluarga di kawasan dikeliling­i keindahan alam semula jadi, Gunung Tamborine ‘rumah’ tiga taman Negara tertua di dunia, serta Taman Negara Lamington antara destinasi yang pastinya tidak mengecewak­an anda.

Dengan 12 laluan berjalan kaki, setiap satunya tidak melebihi tiga kilometer. Jadi, jika anda suka berjalan di kawasan dikeliling­i flora dan fauna, Gunung Tamborine antara tempat sesuai untuk anda.

Gunung Tamborine juga salah satu lokasi pilihan seisi keluarga kerana ia bukan sekadar menawarkan keindahan alam. Malah lebih daripada itu.

Jamu selera dengan pemandanga­n hebat di The Polish Place sambil mencuba keju di Witches Chase Cheese.

Inginkan pengalaman unik di Gold Coast? Ikuti Glow Worm Tour untuk melihat ‘cacing kalimantan­g’ di dalam gua buatan manusia di Cedar Greek.

Lawatan kanopi di Gunung Tamborine juga tidak kurang hebatnya.

Rasai adrenalin luar biasa di Cabaran Tree Top dengan enam kursus merangkumi laluan hutan belukar yang menggabung­kan tali dan wayar di kawasan seluas 3.6 hektar.

Untuk aktiviti yang lebih rileks, nikmati keindahan Gold Coast dari udara dengan menaiki belon udara panas yang pasti akan membuatkan anda terpegun.

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, jelajahi kawasan pedalaman dengan kenderaan pacuan empat roda ke Gunung Tamborine.

Sementara itu, Taman Negara Lamington sesuai pencinta kedamaian hutan.

Taman Negara

Lamington, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan

Dunia Unesco, adalah sebahagian daripada Hutan

 ??  ?? O’REILLY’S Tree Top Walk .
O’REILLY’S Tree Top Walk .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia