Harian Metro

Cabar diri rentas halangan 7 hari

- DARI MUKA 1

Peluang peserta Cabaran 4X4 Wanita Antarabang­sa terokai hutan

hujan di Jeram Toi

Kaya dengan kehijauan alam semula jadi, negara ini antara salah satu destinasi percutian alam semula jadi yang tidak kurang popularnya.

Kepelbagai­an flora dan fauna yang disajikan mencetuska­n pelbagai aktiviti mengujakan termasuk penjelajah­an, penerokaan alam, rekreasi di sungai dan air terjun serta perkhemaha­n di dalam hutan belantara.

Bagi peminat aktiviti lasak dan ingin mendekatka­n diri dengan alam semula jadi menerusi cara tersendiri, penerokaan dengan kenderaan pacuan empat roda hakikatnya tawar keunikan luar biasa.

Mana tidaknya, selain mencabar diri untuk keluar daripada kebiasaan dengan berdepan cabaran berbeza terutama merentas sungai dan lopak lumpur ketika siang serta aktiviti santai menjelang malam. Alunan muzik alam pula memberikan ketenangan dan keseronoka­n yang sukar digambarka­n dengan katakata.

Kerana itu, Red

Adventure menganjurk­an Cabaran 4X4 Wanita Antarabang­sa (SHEMUD) yang memasuki tahun kedua penganjura­nnya.

Selain bertujuan memberi peluang kepada pencinta alam semula jadi mendekati dan meneroka hutan hujan yang menghijau, acara ini juga diadakan bagi menggalakk­an lebih ramai wanita terbabit dalam sukan berkenaan.

Selain itu, acara yang berjaya menarik penyertaan dari luar negara iaitu Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Filipina, Itali, Republik Czech, Australia, Poland, Lithuania dan Amerika Syarikat ini juga antara salah satu cara untuk mempromosi­kan pelanconga­n di negara ini khususnya Negeri Sembilan iaitu lokasi untuk tahun kedua penganjura­nnya.

Acara yang diadakan selama tujuh hari itu nyata cukup mengujakan dengan halangan mencabar setiap peserta.

 ??  ??
 ??  ?? 5 MEREMPUH laluan berlumpur nyata menguji kecekapan dan kerjasama di antara peserta.
PESERTA perlu mencari jalan keluar dalam setiap halangan.
ANTARA laluan belukar yang perlu dihadapi peserta.
4 INSIDEN kereta terbalik nyata tidak mematahkan...
5 MEREMPUH laluan berlumpur nyata menguji kecekapan dan kerjasama di antara peserta. PESERTA perlu mencari jalan keluar dalam setiap halangan. ANTARA laluan belukar yang perlu dihadapi peserta. 4 INSIDEN kereta terbalik nyata tidak mematahkan...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia