Harian Metro

Uji keberanian si gayat

-

Teruja apabila bangunan, kenderaan di bawah kelihatan kecil

atau berpasanga­n selain tarikan bukan hanya di tingkat 68, malah menerusi tingkat 65 terdapat menara tinjau yang membolehka­n pengunjung menikmati pemandanga­n sama seperti di Rainbow Skywalk.

“Bagi yang gemar menyaksika­n matahari terbenam dan pemandanga­n tertentu seperti sambutan perayaan, inilah tempatnya.

“Acara pertama diadakan di The Top adalah sambutan kiraan detik menjelang Krismas dan tahun baru 2017 di Rainbow Skywalk dengan mempamerka­n permainan laser serta lampu dari aras lantai hingga ke tingkat atas,” katanya.

Selepas acara berkenaan, The

Top dijangka bakal mengadakan lebih banyak acara sambutan supaya orang ramai dapat merasai kelainan dengan sambutan di ‘langit biru.’

“Semua keriangan ada di bawah satu bangunan dan itulah fokus utama The Top supaya pengunjung dapat menikmati masa yang berkualiti bersama orang tersayang.

“Bayaran masuk dikenakan berbaloi dengan pengalaman yang diteroka pengunjung dan diharap taman tema tertutup ini berupaya mengembali­kan semula zaman kegemilang­an Komtar,” katanya.

Antara tarikan lain adalah taman tema Jurassic Research Center yang membolehka­n peminat haiwan prasejarah terutama kanak-kanak merasai pengalaman bersiarsia­r bersama kawanan 200 dinosaur bergerak menggunaka­n teknologi ‘animatroni­cs.’

Di Ocean Explorer pula, pengunjung boleh menyaksika­n misteri laut dan kehidupan marin dengan imej resolusi tinggi sementara di 7D Discovery Motion Theater pula terdapat paparan ‘virtual reality’ menggunaka­n simulator teknologi terkini dengan dimensi serta perspektif baharu mengagumka­n.

Begitu juga Tech

Dome Penang (TDP) yang mempunyai 120 pameran interaktif di ruang seluas 40,000 kaki persegi dan boleh dicuba serta diteroka pengunjung khususnya peminat dunia sains dan teknologi.

TDP mempunyai beberapa ruang galeri iaitu Informasi Teknologi, Life Tech, Robotics, Optics dan Force and Motion yang turut dikenali sebagai Zon Penerokaan KanakKanak Prasekolah dan Penang’s Transforma­tion Story selain balai cerap astronomi. - Zuhainy Zulkiffli

 ??  ?? PENGUNJUNG berjalan di atas laluan gantung Rainbow Skywalk yang berlantaik­an kaca pada ketinggian 244.6 meter .
PENGUNJUNG berjalan di atas laluan gantung Rainbow Skywalk yang berlantaik­an kaca pada ketinggian 244.6 meter .
 ??  ?? KOH (kanan) menunjukka­n alatan muzik yang dimainkan secara terbalik.
KOH (kanan) menunjukka­n alatan muzik yang dimainkan secara terbalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia