Harian Metro

Rancang teliti percutian

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Bercuti bersama keluarga sememangny­a cukup menyeronok­kan kerana berpeluang menghabisk­an masa berkualiti dan merasai pengalaman yang menyeronok­kan.

Namun, untuk bercuti dengan keluarga ini memerlukan perancanga­n yang cukup teliti dalam semua hal agar percutian lebih menyenangk­an, mudah dan menggembir­akan semua ahli keluarga.

Justeru, bagi anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga pada 2017 ini, jom semak beberapa tip mungkin dapat membantu anda melakukan perancanga­n percutian menyeronok­kan bersama keluarga. jika tiada perancanga­n dari awal.

Justeru, dengan perancanga­n awal terutama program sepanjang percutian, anda dapat mengunjung­i banyak tempat menarik dengan lebih teratur.

Anda juga senang membuat anggaran perbelanja­an sepanjang percutian nanti dan keperluan cuti perlu dipohon jika anda bekerja.

Bajet percutian yang diperlukan bergantung kepada beberapa hal termasuk masa dan tempoh bercuti, berapa ramai yang turut serta, cuaca serta kos sara hidup di tempat itu.

Keadaan itu membolehka­n anda membuat perancanga­n seperti pengiraan kasar berkenaan kos agensi pelanconga­n, beli barang keperluan, kos makan minum, penginapan, pengangkut­an, harga tiket masuk ke tempat menarik, kos insuran perjalanan, wang saku untuk keperluan semasa kecemasan.

Bagi anda yang bekerja, rancang tarikh percutian anda dan maklumkan kepada majikan tarikh yang sudah ditetapkan itu.

Pemberitah­uan awal itu, membolehka­n bos anda merancang dari awal apa yang perlu dilakukan apabila kerja yang ditinggalk­an mempunyai masalah atau sebaliknya.

Apabila duit sudah mencukupi dan cuti sudah diluluskan, anda bolehlah menempah pengangkut­an yang ingin digunakan ke destinasi yang dituju. Jika anda memilih untuk pergi bercuti dengan menaiki kereta api, bas ekspres atau kapal terbang, pastikan anda membuat penempahan awal.

Ini bagi mengelakka­n kehabisan tiket terutama hujung minggu, musim perayaan atau cuti sekolah. Harga tiket juga berganda jika beli saat akhir terutama tiket penerbanga­n.

Sama seperti pengangkut­an, tempahlah penginapan hanya selepas cuti diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak unik, jadi anda tentu ada kriteria dalam memilih jenis dan lokasi penginapan.

Jadi tempahlah awal sebelum orang lain atau harganya meningkat.

Jika anda lambat bertindak, jenis bilik yang diinginkan dan sesuai dengan bajet penuh, anda mungkin terpaksa menaik taraf jenis penginapan dan perlu menambah duit.

Oleh itu, tempahlah awal untuk menyelamat­kan wang anda. Untuk lebih mudah dan mendapatka­n harga penginapan terbaik, anda boleh mencari atau menempah hotel menerusi laman web yang menyediaka­n perkhidmat­an berkenaan.

Jika anda merancang untuk bercuti di luar negara, jangan lupa dokumen penting seperti pasport, visa dan vaksin yang sesuai diambil jika ada. Paling kurang, anda memerlukan bagasi dengan saiz sesuai tempoh percutian anda.

Insuran perjalanan untuk anda seisi keluarga juga sangat penting diambil sebelum bercuti. Jangan lupa sediakan keperluan percutian lain yang dirasakan perlu, mahal atau sukar diperoleh di destinasi yang dituju.

Ubat-ubatan juga jangan dilupakan kerana ia sangat diperlukan ketika tidak sihat lebih-lebih lagi jika anda atau ahli keluarga punyai penyakit serta ubat sendiri. Bawa ia ke mana-mana.

 ?? FOTO: ?? RANCANG percutian agar anda seisi keluarga peroleh cuti yang menyeronok­kan.
FOTO: RANCANG percutian agar anda seisi keluarga peroleh cuti yang menyeronok­kan.
 ??  ?? MENEMPAH pengangkut­an terutama penerbanga­n awal menawarkan anda tambang yang lebih murah.
MENEMPAH pengangkut­an terutama penerbanga­n awal menawarkan anda tambang yang lebih murah.
 ??  ?? BERCUTI bersama keluarga adalah hal yang paling menyenangk­an buat semua.
BERCUTI bersama keluarga adalah hal yang paling menyenangk­an buat semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia