Harian Metro

Pertaruh nyawa guna produk berbahaya

-

dari luar negara tanpa kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia turut memburukka­n keadaan apabila ramai wanita yang sanggup memperjudi­kan nyawa dengan membeli produk seumpama itu.

Ia begitu mudah didapati termasuk di pasar malam, kios di pasar raya atau bazar dan lebih membimbang­kan apabila pembelian turut boleh dilakukan begitu mudah secara dalam talian.

Tidak kurang juga ramai terpedaya dengan testimoni pengguna bagi sesetengah produk yang dimuatkan di laman sosial hingga menarik mereka untuk membeli produk terbabit, tanpa memeriksa kesahihan pengakuan berkenaan.

Untuk jangka pendek, sesetengah produk yang mengandung­i bahan kimia beracun tidak menunjukka­n kesan negatifnya ke atas kulit pengguna. Kesan

Risiko bahan kimia beracun seperti merkuri dan hidroquino­n dalam kandungan kosmetik

buruk ini biasanya dapat dilihat selepas penggunaan berpanjang­an.

Banyak kes dilaporkan di media mengenai kesan negatif bahan kimia berbahaya ini yang menyebabka­n kulit gatal, merah, melepuh dan sebagainya. Apa yang dikhuatiri ialah sekiranya produk berkenaan boleh menyebabka­n pengguna berisiko mendapat kanser kulit atau mungkin membawa maut.

JEJAS KESIHATAN DAN EMOSI

Kebimbanga­n itu turut disuarakan Pakar Estetik, Dr Riza Hartini Razali terhadap penggunaan kosmetik mengandung­i bahan berbahaya yang terus berleluasa namun, kesedaran pengguna menjadi fokus utama.

Katanya, semakin ramai pesakitnya yang mengalami kesan buruk akibat penggunaan produk seumpama itu kerana tidak sedar produk digunakan mengalami bahan kimia beracun.

“Ada pesakit yang datang dengan keadaan kulit wajah yang sudah rosak, terbakar atau mengalami masalah pigmentasi yang teruk. Pada keadaan ini, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengembali­kan kulit ke keadaan asal selain kos rawatan yang amat tinggi,” katanya.

Katanya, merkuri berbahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabka­n risiko kerosakan buah pinggang, saraf dan menyebabka­n penyakit seperti migrain, jika kandungann­ya terlalu tinggi dalam satu-satu produk.

“Keracunan merkuri juga boleh berlaku disebabkan pendedahan kepada merkuri dan pengumpula­nnya dalam tubuh pada jangka masa lama. Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini menyebabka­n kerosakan saraf, terutama pada tangan. Pesakit akan rasa gatal dan

 ??  ?? PENGGUNA perlu menyemak kandungan alat
kosmetik dan penjagaan diri.
PENGGUNA perlu menyemak kandungan alat kosmetik dan penjagaan diri.
 ??  ?? WARNA ungu gelap menunjukka­n kandungan merkuri tinggi manakala ungu muda menandakan kandungan merkuri yang rendah.
WARNA ungu gelap menunjukka­n kandungan merkuri tinggi manakala ungu muda menandakan kandungan merkuri yang rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia