Harian Metro

Bijak pilih produk kosmetik selamat, berkualiti

-

Sebag aipengguna, kita harus bijak dan berhati-hati semasa memilih produk kosmetik dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai bahan kimia yang lazimnya digunakan di dalam formulasi produk kosmetik kerana bahan itu akan diserap melalui kulit.

Oleh itu, sebelum membeli sesuatu produk kosmetik, pengguna dinasihatk­an supaya berhati-hati dan bijak memilih produk kosmetik yang sesuai untuk kegunaan sendiri bagi memastikan produk kosmetik yang dibeli adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan produk yang dibeli selamat dan tidak berbahaya.

- Baca label produk dan ambil perhatian terhadap label amaran terhadap sesetengah bahan yang digunakan di dalam formulasi produk kosmetik bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

- Secara umumnya, krim pencerah wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar menggunaka­n haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri. Jadi, hati-hati jika krim yang digunakan berbau logam atau terlalu wangi.

- Untuk mengesan merkuri pada produk, lakukan tip ini. Sapukan krim pada tangan dan gosokkan barang kemas diperbuat dari emas pada krim. Jika produk atau krim itu mengandung­i merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.

- Kurangkan atau hindari diri menggunaka­n produk kosmetik semasa hamil mahupun menyusu anak. Ambil makanan seimbang yang kaya dengan kalsium dan zat besi bagi mengurangk­an risiko toksik dedahan.

- Rujuk laman web Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan (BPFK) untuk mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan produk atau bahan dalam formulasi produk kosmetik dan had serta syarat yang dibenarkan.

 ??  ?? BACA label untuk
mengetahui kandungan produk.
BACA label untuk mengetahui kandungan produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia