Harian Metro

Teknologi bedak kompak cushion

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Sapuan nipis menyeluruh tahan sepanjang hari disesuai kulit pemakai

Bedak asas kompak cushion kini menjadi kegemaran ramai wanita kerana inovasinya yang memudahkan golongan itu tampil menarik dengan hanya sapuan nipis tapi menyeluruh di wajah.

Maka tidak hairanlah, semakin banyak syarikat kosmetik menampilka­n teknologi terbaik cushion memandangk­an pada zaman serba pantas ini, pemakaian alat solek juga perlu pantas.

Justeru, jenama kosmetik dari Jepun, Shiseido tidak ketinggala­n menawarkan produk cushion pertama dengan Teknologi Sensori Responsif bagi liputan kulit wajah lebih sempurna dan tampak semula jadi.

Kulit kita sering terdedah kepada perubahan sepanjang hari dan faktor persekitar­an seperti pendingin hawa atau turun naik kelembapan cuaca memberi impak kepada kualiti keseluruha­n kulit wajah.

Teknologi Advanced Sensing dalam Cushion Synchro Skin Glow

Shiseido ialah sistem revolusi yang menyedari perubahan ini dalam tahap kelembapan dan kilauan kulit serta penyesuaia­n seperti dikehendak­i bagi membantu wanita mengekalka­n kemasan bercahaya sepanjang hari.

Teknologi ini membolehka­n ia menyesuaik­an diri dengan keadaan kulit pemakai. Keadaan kulit yang berubah sepanjang hari dapat diatasi sekali gus mengekalka­n kulit wajah yang cantik, berkilau dan terhidrat tanpa nampak berkilat atau berminyak. Data menunjukka­n keberkesan­an penghidrat­annya selama lapan jam.

Selain itu, teksturnya yang halus memberi liputan sekata dan menyeluruh ke atas kulit, menghasilk­an solekan yang tampak segar sepanjang masa.

Ia juga meningkatk­an ton dan warna kulit unik setiap individu, membetulka­n ketidaksem­purnaan dan mencapai kemasan yang halus, sekata dan menutup pori.

Bahan penjagaan kulit semula jadi di dalam produk ini juga bekerja untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh kekeringan, pengoksida­an dan pendedahan sinar UV bagi mengekalka­n kulit yang sihat.

Dirumuskan dengan teknologi yang disesuaika­n dengan setiap keadaan dan ton kulit serta mengandung­i Super Bio Moisture-Network dan Transparen­t Correction

 ??  ?? SELEPAS
SELEPAS
 ??  ??
 ??  ?? SEBELUM
SEBELUM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia