Harian Metro

Kaedah tradisiona­l atasi masalah rambut gugur

-

Keguguran rambut adalah masalah biasa bagi kebanyakan wanita dan lelaki kerana dalam keadaan normal kita kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari.

Bagaimanap­un, jika berlebihan mungkin disebabkan masalah kesihatan yang mengakibat­kan rambut gugur dan boleh menjadi tanda penyakit yang tidak terduga.

Rawatan semula jadi untuk merawat rambut gugur boleh dilakukan kerana selain selamat, anda dapat menjimatka­n wang. Berikut antara petua tradisiona­l yang boleh dicuba untuk mendapatka­n rambut sihat dan mengurangk­an masalah keguguran.

LIDAH BUAYA

Manfaat luar biasa tumbuhan ini sememangny­a diketahui sejak zaman berzaman untuk mengurangk­an rambut gugur. Maka tidak hairan banyak produk penjagaan rambut menggunaka­n pati lidah buaya sebagai bahan utama.

Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya. Ambil lendirnya dan lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.

MINYAK KELAPA

Minyak kelapa dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuha­n rambut rosak.

Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala.

Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.

MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun ada banyak manfaat antaranya sebagai perawat semula jadi rambut bagi mengurangk­an kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandung­i bahan kimia.

Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.

Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunaka­n syampu yang lembut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia