Harian Metro

Inovasi ubah rutin mekap harian

-

memperkena­lkan span 3D untuk membawa formula baru secara stabil. Struktur span 3D mempunyai ketahanan dan penyerapan yang lebih besar dan secara konsisten mengeluark­an jumlah yang sama formula cushion sehingga titisan yang terakhir.

Oleh itu pengguna cushion kali pertama juga dengan mudah boleh memperoleh rupa solekan seperti profesiona­l. Keduadua teknologi cushion ini dihasilkan untuk Laneige BB cushion bagi pasaran di Singapura, Malaysia, Vietnam dan Thailand pada Julai tahun lalu dan bakal dilancarka­n di Indonesia.

Bagi meraikan kejayaan Amorepacif­ic terhadap pencapaian 100 juta unit jualan cushionnya, syarikat itu turut menganjurk­an majlis ‘Cushion Unpacked’ di Pulau Pinang, November lalu.

Dihadiri wakil media dari lima negara iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, program itu turut memberi peluang kepada peserta untuk mencuba lima produk cushion Amorepacif­ic yang mendapat pengiktira­fan Global Champion Brands iaitu Sulwhasoo, Laneige, Mamonde, Etude dan Innisfree.

Menurut Ketua Makmal Cushion Amorepacif­ic, Kyungho Choi, syarikat itu kini menggiatka­n usaha R&D untuk pelanggan ASEAN antaranya menubuhkan sistem warna baru untuk mewujudkan warna hanya untuk

ASEAN bagi pelanggan yang gemarkan ton lebih gelap. Sistem ini ditambah untuk Cushion Laneige dan Innisfree tahun lalu.

Ketua Ibu Pejabat Amorepacif­ic Serantau ASEAN Robin Na berkata, usaha kajian sepanjang satu dekad membolehka­n kami untuk terus mencipta inovasi produk cushion dan memenuhi keperluan pelanggan. Meskipun terdapat banyak jenama lain yang mula menawarkan cushion dalam variasi produk masingmasi­ng, ia tidak menjadi masalah kerana pihaknya menyediaka­n produk yang bermanfaat untuk pelanggan.

Katanya, meskipun syarikat tidak terlalu takut dengan persaingan dalam pasaran cushion, sebagai pelopor yang sudah mematenkan teknologi dalam cushion, mereka tetap menawarkan inovasi antaranya dengan melakukan kajian dan penelitian terhadap iklim dan warna kulit di pelbagai negara.

 ??  ?? DARI kiri Choi, Robin Na dan Vivi Ahn ketika soal jawab bersama media.
DARI kiri Choi, Robin Na dan Vivi Ahn ketika soal jawab bersama media.
 ??  ?? RANGKAIAN produk kosmetik di bawah Amorepacif­ic.
RANGKAIAN produk kosmetik di bawah Amorepacif­ic.
 ??  ?? PELBAGAI produk cushion daripada Amorepacif­ic.
PELBAGAI produk cushion daripada Amorepacif­ic.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia