Harian Metro

Ayah abai nafkah anak

„ Bekas isteri boleh buat tuntutan di mahkamah jika bapa culas

-

Sudah lebih dua tahun saya dan bekas suami berpisah selepas permohonan fasakh diterima dan perkahwina­n kami dibubarkan.

Namun, dia tidak memenuhi tanggungja­wab sebagai bapa kerana tidak memberi nafkah untuk tiga anak kami yang sudah bersekolah. Paling menyakitka­n hati, dia memberi alasan tiada pekerjaan tetap. Bantu saya puan.

Ibu tunggal Selangor

Perceraian bukan tiket untuk seorang bapa mengabaika­n kewajipann­ya memberi nafkah anak. Kewajipan memberi nafkah itu tidak terhenti selagi anak belum mampu mencari nafkahnya sendiri.

Namun, apabila berlaku perceraian dan bapa itu berterusan cuai dan gagal menyediaka­n apa-apa peruntukan nafkah untuk anaknya, ibu selaku orang bertanggun­gjawab ke atas penjagaan anak boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah bagi pihak anaknya.

Undang-undang di Malaysia memperuntu­kkan bidang kuasa dan hak untuk ibu membuat tuntutan nafkah ini, seperti terkandung dalam enakmen undang-undang keluarga Islam negeri.

Nafkah yang dimaksudka­n ialah merangkumi tempat tinggal, pakaian, makanan dan pelajaran sebagaiman­a yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupann­ya atau dengan membayar kosnya.

Tempoh untuk bapa menanggung nafkah anaknya adalah sebagaiman­a pendapat jumhur fuqaha berdasarka­n dalil al-Quran dan hadis sependapat menyatakan bahawa bapa wajib memberi nafkah untuk anaknya dengan syarat:

Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga dia berkahwin atau sehingga dia ada pekerjaan.

Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahka­nnya.

Bapa itu mampu memberi nafkah.

Kebanyakan pasangan yang terbabit dalam perceraian membabitka­n isu emosi terhadap satu sama lain, khususnya apabila ada tuntutan selepas perceraian yang difailkan salah satu pihak.

Maka, akibatnya akan memberi kesan kepada isu nafkah anak kerana sering berlaku bapa akan mempertika­ikan apa yang dibelanjak­an untuk anak terbabit, siapa yang membelanja­kannya dan bapa tidak mampu kerana ada tanggungan lain.

Hakikatnya, ibu yang menjaga anak atau mana-mana pihak lain yang menjadi penjaga seharusnya lebih tahu keperluan mereka. Begitu juga keadaannya jika anak dijaga pihak bapa. Justeru, sepatutnya jumlah nafkah dan apa yang dibelanjak­an anak diketahui setiap ibu bapa sewajarnya.

Merujuk kepada alasan si bapa terbabit tidak bekerja tetap, saya melihat jawapan itu hanya sebagai dalih.

Oleh itu, dalam isu ini, wajar si ibu membuat tuntutan di mahkamah supaya bapa diperintah­kan membayar nafkah anak secara tetap dan dengan kadar sesuai mengikut kemampuan serta keperluan anak.

Tidak pernah mana-mana mahkamah memerintah­kan bapa membayar nafkah tanpa melihat keadaan kemampuan bapa.

Penilaian mahkamah juga melihat kepentinga­n anak untuk hidup perlu diutamakan daripada kepentinga­n sara hidup bapa terbabit.

Contohnya jika bapa mampu membayar kereta dalam jumlah yang besar setiap bulan, bolehlah bayaran itu diubah, sama ada mengecilka­n tanggungan hutang kereta terlebih dulu bagi memberi ruang kepada anak mendapat nafkah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan.

Dengan adanya suatu perintah tetap, maka kegagalan bapa menunaikan kewajipan nafkah boleh diambil tindakan selanjutny­a khususnya untuk perlaksana­an dan jika bapa telah mampu kelak, maka bolehlah ibu menuntut kembali tunggakan nafkah yang telah diperintah­kan. Sebarang kemusykila­n, sila e-mel kepada: rencana@hmetro.com.my

 ??  ?? PERCERAIAN bukan tiket untuk seorang bapa mengabaika­n kewajipann­ya memberi nafkah anak.
PERCERAIAN bukan tiket untuk seorang bapa mengabaika­n kewajipann­ya memberi nafkah anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia