Harian Metro

Selepas lima hari dia balik sendiri

-

Gerik: Gara-gara seorang lelaki ‘hilang’ selepas lima hari keluar dari rumahnya di Kampung Bongor dekat sini menyebabka­n lebih 50 penduduk menyerbu ke hutan di sekitar rumahnya bagi mencari mangsa.

Mangsa yang dipercayai kurang siuman dikesan keluargany­a keluar dari rumah pada jam 3.30 petang Sabtu lalu dan tidak pulang selepas merayau-rayau di sekitar hutan berdekatan rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Aswad Asaris berkata, berikutan itu pihaknya mengerahka­n enam anggotanya dibantu 15 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Perkhidmat­an Awam Malaysia (APM), Pasukan Sukarelawa­n Rakyat Malaysia (RELA) dan enam penduduk kampung menjalanka­n operasi mencari (SAR) sebaik menerima laporan selepas tiga hari mangsa hilang.

“Pada hari pertama pencarian semalam (kelmarin), kami hanya menjumpai kesan tapak kaki mangsa di sekitar anak sungai di kampung berkenaan tetapi gagal menemuinya.

“Hari kedua hari ini (semalam), kami meluaskan kawasan pencarian sehingga lima kilometer bersama 50 anggota terbabit termasuk 10 penduduk kampung dan dibantu anjing pengesan (K9) termasuk di kawasan anak sungai tetapi gagal,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya jam 11 pagi semalam ketika usaha mencari mangsa tapi kemudian diberitahu mangsa pulang sendiri ke rumahnya.

“Mangsa pulang dengan selamat tetapi letih dipercayai terlalu lapar kerana lima hari tidak makan selain ada kesan calar di badan kerana terkena duri dalam hutan.

“Ketika pulang, mangsa tidak berbaju dan hanya berseluar jeans berwarna biru. Dengan penemuan ini, operasi mencari ditamatkan pada jam 11.45 pagi (semalam),” katanya.

 ??  ?? MANGSA kelihatan letih pulang ke rumahnya di Kampung Bongor.
MANGSA kelihatan letih pulang ke rumahnya di Kampung Bongor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia