Harian Metro

REDA TAKDIR DIPINGGIR

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my Muhammad Noor

“J

ika anak yang berada di Indonesia tidak dapat mengambil dan menjaga, saya reda dan rela dimasukkan ke rumah orang tua.

“Hidup keseoranga­n di rumah tanpa kasih sayang anak sebenarnya sunyi biarpun saya semakin terbiasa dengan keadaan ini,” kata Muhammad Noor Abdullah, 68.

Lelaki warga emas itu tinggal bersendiri­an di Kampung Padang Luas, di sini, sebaik dibawa pulang ke Semenanjun­g selepas sekian lama menetap di Sarawak.

Menurut pesara tentera itu, dia pernah berkahwin dengan wanita tempatan di Sarawak dan dikurniaka­n empat anak sebelum berpisah 15 tahun lalu.

“Selepas bercerai, anak tinggal bersama bekas isteri manakala saya ketika itu yang bersara awal daripada tentera hidup merempat kerana tidak dapat mencari pekerjaan selepas lumpuh sebelah badan.

“Nasib saya terbela apabila ada kenalan dalam tentera mengenali saya dan merujuk masalah dihadapi kepada persatuan bekas tentera yang kemudian menghantar saya ke ru- mah jagaan orang tua di Sibu, Sarawak untuk dijaga, ” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Muhammad Noor berkata, selepas beberapa tahun tinggal di rumah jagaan orang tua berkenaan, dia menyuaraka­n keinginan untuk pulang ke kampung halaman di negeri ini.

“Apabila pulang ke kampung pada 2014, saya mengambil keputusan untuk menetap di rumah tinggalan arwah bapa dan sepanjang tinggal di sini, urusan makan minum saya dijaga abang tiri yang tinggal di kampung sama.

“Malah, kehidupan saya di sini sedikit sebanyak terbela kerana ada bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dia berharap dapat menghabisk­an sisa hidup dengan anak lelakinya yang kini berada di Indonesia.

Nasib saya terbela apabila ada kenalan dalam tentera mengenali saya „ Pesara tentera hidup merempat seorang diri setia tunggu anak di Indonesia pulang

 ??  ?? MUHAMMAD Noor duduk di tepi tingkap rumahnya di Kampung Padang Luas,Bera. MUHAMMAD Noor berharap dapat menghabisk­an sisa hidup bersama anak.
MUHAMMAD Noor duduk di tepi tingkap rumahnya di Kampung Padang Luas,Bera. MUHAMMAD Noor berharap dapat menghabisk­an sisa hidup bersama anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia