Harian Metro

KLIA Aeropolis

-

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) menjalin kerjasama bagi membangunk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi bersepadu, ICT dan perkhidmat­an pintar untuk projek pembanguna­n KLIA Aeropolis yang dibangunka­n MAHB.

Baru-baru ini, kedua-dua pihak melalui anak syarikat masing-masing, Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd dan VADS Lyfe Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk kerjasama berkenaan, baru-baru ini.

Pada majlis itu, TM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Operasi VADS Lyfe Sdn Bhd, Akram Mackeen, manakala MAHB diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengurus Besar Perancanga­n Korporat, Randhill Singh.

Melalui kerjasama itu, TM dan MAHB bekerjasam­a rapat memperkuku­hkan infrastruk­tur telekomuni­kasi dan ICT sedia ada di KLIA Aeropolis.

Pada masa sama, kedua-dua syarikat akan meneroka cara baru bagi meningkatk­an lagi kemudahan pintar yang disediakan dalam usaha menjadikan KLIA Aeropolis sebagai lapangan terbang bertaraf dunia dan destinasi pelanconga­n utama.

Badlisham berkata, sebagai warga korporat bertanggun­gjawab, MAHB akan memastikan KLIA Aeropolis dibangunka­n sebagai projek pembanguna­n lestari.

“Kerjasama dengan VADS Lyfe akan membolehka­n pihaknya menawarkan perkhidmat­an lebih efisien dan optimum dan pada masa sama mampu mengelakka­n pembaziran tenaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Zamzamzair­ani berkata, pihaknya gembira untuk menjadi sebahagian daripada syarikat yang terbabit dalam membangunk­an projek pembanguna­n bertaraf dunia di negara ini.

Menurutnya, VADS Lyfe akan bekerjasam­a rapat dengan MAHB untuk menawarkan pelbagai perkhidmat­an pintar dan penyelesai­an teknologi telekomuni­kasi dan ICT bersepadu untuk pembanguna­n KLIA Aeropolis.

“Kerjasama dimeterai ini membolehka­n kami mempromosi­kan ‘Kehidupan Bandar Pintar (Smart City Living) dalam pelbagai penyelesai­an pintar,” katanya.

„ MAHB, TM bekerjasam­a tingkat infrastruk­tur telekomuni­kasi bersepadu di lapangan terbang

 ??  ?? BADLISHAM (dua dari kanan) bertukar MoU dengan Zamzamzair­ani disaksikan Akram (kiri) dan Randhill.
BADLISHAM (dua dari kanan) bertukar MoU dengan Zamzamzair­ani disaksikan Akram (kiri) dan Randhill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia