Harian Metro

Organisasi pengganas

„ Jamaah Ansharut Daulah terbabit dalam serangan Daish di Thamrin, Jakarta

-

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam menamakan sebuah kumpulan militan yang melancarka­n serangan di Jakarta pada tahun lalu sebagai organisasi pengganas.

Jabatan Negara AS berkata, Jamaah Ansharut Daulah (JAD) adalah sebuah kumpulan pengganas yang berpangkal­an di Indonesia dan ditubuhkan pada 2015 serta merangkumi 24 kumpulan ekstremis yang menjadi pengikut Daish.

AS juga mengumumka­n sekatan terhadap empat militan sebagai usaha menghalang akses Daish terhadap sistem kewangan antarabang­sa.

Militan dari JAD melancarka­n serangan termasuk pengebom berani mati di Thamrin, Jakarta pada Januari tahun lalu yang menyebabka­n lapan orang termasuk empat penyerang maut.

Pegawai AS memberitah­u, pembiayaan serangan itu disokong militan Daish di Syria.

Kumpulan yang dinamakan sebagai organisasi pengganas dikenakan pelbagai sekatan termasuk dihalang terbabit dengan urusan perniagaan dengan rakyat AS dan pembekuan aset mereka di AS.

JAD dikaitkan dengan beberapa keganasan di Indonesia termasuk serangan bom api di gereja yang menyebabka­n seorang kanak-kanak maut serta merancang serangan pada perayaan Krismas yang berjaya digagalkan pihak berkuasa.

Antara empat militan yang dikenakan sekatan oleh AS, dua adalah warga Indonesia.

Mereka adalah Bahrumsyah yang kini bersama Daish di Syria. Dia dipercayai mengarahka­n serangan di Indonesia dan menyalurka­n dana kepada militan di negara itu.

Seorang lagi ialah Aman Abdurrahma­n yang kini dipenjara di Indonesia tetapi dianggap sebagai pemimpin de facto semua penyokong Daish di negara itu dan yang membenarka­n serangan di Jakarta.

 ??  ?? GAMBAR fail, seorang militan bersenjata­kan pistol ketika melancarka­n serangan di Thamrin, Jakarta pada Januari tahun lalu. - Agensi
GAMBAR fail, seorang militan bersenjata­kan pistol ketika melancarka­n serangan di Thamrin, Jakarta pada Januari tahun lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia