Harian Metro

Indonesia berusaha padam 11 kebakaran hutan

-

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia masih berusaha memadamkan 11 kebakaran hutan yang dikesan di Sumatera dan Kalimantan ekoran cuaca panas yang melanda negara itu, kata pegawai semalam.

Tujuh kebakaran dikesan di Sumatera Barat, Sumatera Utara, Sumatera Selatan dan Jambi manakala selebihnya di Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur.

“Di Dharmasray­a, Sumatera Barat, kebakaran berlaku di kawasan terpencil.

“Kami menggunaka­n helikopter pemadam api untuk mengawalny­a,” kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar di sini, semalam.

Ujarnya, sebahagian kebakaran itu memusnahka­n hutan tebal.

Agensi Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofizik meramalkan tahun ini lebih kering berbanding 2016.

Keadaan itu menyebabka­n beberapa kebakaran hutan bermula bulan ini.

Tambahnya, selain berusaha memadamkan kebakaran hutan sedia ada, kerajaan juga memantau 116 titik panas di Riau, Jambi dan Sumatera Selatan, yang mempunyai dua musim kemarau setahun iaitu pada Januari hingga Mac dan Julai hingga Oktober.

Indonesia yang mempunyai hutan hujan tropika ketiga terbesar dunia bergelut mengatasi masalah kebakaran hutan pada musim kemarau yang kebanyakan­nya berpunca daripada aktiviti pembersiha­n pertanian.

Kebakaran yang berlaku hampir setiap tahun itu menyebabka­n jerebu melanda beberapa negara jirannya termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kebakaran hutan yang dikesan di Batu Panjang di daerah Rupat di Bengkalis, Riau. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n kebakaran hutan yang dikesan di Batu Panjang di daerah Rupat di Bengkalis, Riau. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia