Harian Metro

Glasgow jadi penentu

„ Kejohanan di Scotland petanda aras Chong Wei bakal teruskan perjuangan atau bersara

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Bayangan dan keputusan mengenai masa depan Datuk Lee Chong Wei dalam karier badminton mungkin diketahui berlandask­an keputusan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos nanti.

Menurut jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan, anak buahnya itu yang juga pemain nombor satu dunia hanya akan membuat keputusan sama ada mahu terus beraksi atau sebaliknya selepas menamatkan aksi di kejohanan berkenaan.

“Chong Wei ada beritahu saya, dia sudah mula merasakan dirinya semakin berusia dan terlalu penat. Dia tanya kepada saya ketika usia berapa saya bersara dan kenapa,” kata Hendrawan ketika ditemui selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Perkongsia­n Antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Astro Arena semalam.

Jelasnya, jawapan diberikann­ya kepada Chong Wei adalah beliau bersara disebabkan masalah kecederaan dan sudah tidak mempunyai kemahuan bermain di kejohanan seperti Piala Thomas atau Kejohanan Dunia.

“Bagaimanap­un, saya memberitah­u kepada Chong Wei jika merasakan dirinya masih mempunyai kemahuan untuk terus bermain, saya kata perjuangan perlu diteruskan.

“Dia sudah meletakkan sasaran beraksi di Kejohanan Dunia dan perkara itu perlu menjadi fokus utamanya tanpa perlu memikirkan hal lain,” katanya.

Ujar Hendrawan, anak buahnya yang berusia 35 tahun itu perlu fokus terhadap sasaran meraih gelaran dunia buat kali pertama.

“Paling penting sasaran dia di Kejohanan Dunia. Apa yang terjadi di kejohanan itu nanti akan menentukan semuanya.

”Jika dia berjaya menjadi juara dunia, pasti orang tidak akan bercakap mengenai dirinya sama ada akan bersara atau tidak.

“Ketika itu nanti jika dia mahu meneruskan kerjayanya sehingga Sukan Olimpik 2020 Tokyo, orang tidak akan memper soalkannya,” katanay.

 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI
 ?? FOTO: ?? OSMAN ADNAN PEMANGKU Presiden Persatuan Badminton Malaysia Tan Sri Mohamed Al-Amin (lima dari kiri) dan Pengurus Besar Astro Arena John Nienabar (lima dari kanan) bersama barisan pemain badminton pada majlis pelancaran persefaham­an hak milik penyiaran...
FOTO: OSMAN ADNAN PEMANGKU Presiden Persatuan Badminton Malaysia Tan Sri Mohamed Al-Amin (lima dari kiri) dan Pengurus Besar Astro Arena John Nienabar (lima dari kanan) bersama barisan pemain badminton pada majlis pelancaran persefaham­an hak milik penyiaran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia