Harian Metro

DENDA RM10,000 ABAI ADAM

„ Wanita tinggal Adam tanpa jagaan rayu tidak dipenjara

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Kalau boleh tidak dipenjarak­an kerana saya mempunyai tiga anak berusia 13, 14 dan 17 tahun yang masih bersekolah termasuk seorang OKU”

Shamsinar

“Saya minta maaf puan (hakim), saya menyesal. Saya mengaku salah saya, tolonglah puan, beri saya hukuman paling ringan.

“Kalau boleh tidak dipenjarak­an kerana saya mempunyai tiga anak berusia 13, 14 dan 17 tahun yang masih bersekolah termasuk seorang OKU (orang kurang upaya),” rayu Shamsinar Ambia di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dia dibicaraka­n atas tuduhan meninggalk­an kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di rumah sewanya, minggu lalu.

Shamsinar, 36, turut merayu denda yang rendah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di depan Hakim Nariman Badruddin.

Nariman kemudian memutuskan Shamsinar didenda RM10,000 selain menjalani khidmat masyarakat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 240 jam.

Shamsinar yang memakai baju kelabu dan bertudung hijau kelihatan muram sepanjang prosiding.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penjaga meninggalk­an kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Tampin, jam 7 malam, 5 Januari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, polis menerima laporan daripada penduduk kampung yang mendengar kanak-kanak menangis di rumah sewa, jam 12.45 tengah malam, pada 6 Januari lalu.

Pada pemeriksaa­n menemui kanak-kanak itu dalam keadaan bogel, comot, berbaur najis di dalam bilik yang kotor, busuk, tidak terurus dengan lampin pakai buang digunakan dan bekas makanan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Nur Akmal Mohamad Azri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita itu ditahan kerana disyaki mengabaika­n kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Muhammad Adam.

Pada mulanya, Shamsinar disangka ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Namun, penemuan sijil lahir kanak-kanak itu membongkar identiti sebenar ibu kandung yang menyerahka­n anaknya kepada tertuduh untuk jagaan sementara dengan bayaran RM600 sebulan.

 ??  ??
 ??  ?? SHAMSINAR rayu hukuman ringan.
SHAMSINAR rayu hukuman ringan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia