Harian Metro

DILANGGAR LORI BAPA SAUDARA

- Hafizudin Mohd Safar am@hmetro.com.my

Sikap manja kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak mahu bapanya keluar bekerja semalam menjadi petanda dia pergi buat selamanya apabila meninggal dunia dalam kemalangan selepas dilanggar lori dipandu bapa saudaranya di Kampung Padang Gelam, Sanglang, di sini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pemandu lori itu yang juga bapa saudaranya dikatakan tidak menyedari mangsa, Nurul Batrisya Nasrul Hadi yang dipercayai berlari keluar dari rumah untuk melihat jentera menuai padi sebelum mangsa dilanggar.

Ibunya, Shakirah Bakar, 33, berkata dia tidak menyedari kejadian itu sehingga abangnya memberitah­u anaknya dijumpai terbaring berhampira­n tayar belakang sebelah kanan lori.

Menurutnya, mereka membawa Nurul Batrisya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, namun kanak-kanak itu gagal diselamatk­an dan disahkan meninggal dunia.

“Sebelum itu anak saya demam seminggu dan dilihat manja dengan suami (Nasrul Hadi Ramli, 36).

“Sungguh tidak sangka permintaan­nya pagi tadi (semalam) supaya bapanya tidak keluar bekerja adalah permintaan terakhirny­a untuk bermanja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HTF semalam.

Nasrul pula berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu namun menerimany­a sebagai takdir. “Tidak sangka itu petanda akhir dia meninggalk­an kami semua,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Superinten­dan Wari Kiew mengesahka­n kejadian ketika dihubungi.

„ Budak 2 tahun minta ayah tidak pergi kerja maut dilanggar lori bapa saudara Tidak sangka itu petanda akhir dia meninggalk­an

kami

Nasrul Hadi

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI Nurul Batrisya (gambar kecil) dijumpai terbaring berhampira­n tayar belakang lori.
LOKASI Nurul Batrisya (gambar kecil) dijumpai terbaring berhampira­n tayar belakang lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia