Harian Metro

TIADA MASA BERSEDIH

- FASHA SANDHA

“Rayfal sudah bersekolah dan jika tiada aktiviti, pada sebelah pagi saya akan menghantar­nya ke sekolah. Walaupun ada ketika saya keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat malam ketika mereka sudah tidur, apa yang penting mereka sentiasa ada dengan saya,” katanya.

Fasha berkata, apa saja tawaran yang datang adalah rezeki dan jika dia menolak, seolah-olah dia turut menolak rezeki yang datang.

“Baru-baru ini saya juga ditawarkan berlakon drama yang diterbitka­n lebih 100 episod. Jadi, jadual saya untuk enam bulan ini sudah penuh. Selama penggambar­an drama itu nanti saya akan curi masa untuk bercuti. Biarlah saya bersusah-susah dulu dan akan bersenang-senang kemudian,” katanya.

Bagi Fasha yang terkenal dengan disiplin kerja yang tinggi, dia berlakon bukan untuk mencari populariti tetapi ikhlas untuk mencari rezeki.

Diam tak diam, sudah lebih setahun dia bergelar ibu tunggal.

“Anak adalah kekuatan saya. Sejak dulu pun saya berdikari dan tiada bezanya selepas tanpa suami. Setiap apa yang terjadi memberi warna dalam hidup kita. Tak perlulah terlalu meratapi nasib dan bermurung kerana nanti akan ditindas orang. Saya dan anak juga baru balik bercuti di Hong Kong.

“Masyarakat sekarang tidak lagi memandang serong kepada ibu tunggal asalkan dia boleh berdikari dan pandai menjaga maruah diri. Saya tak rasa kekurangan pun apabila bergelar janda,” katanya.

Jika artis lain memilih mengeluark­an produk sendiri tetapi Fasha lebih suka jadi duta produk kerana semua perancanga­na perniagaan, publisiti dan promosi sudah siap diatur.

“Manalah saya ada masa untuk mengeluark­an produk sendiri. Menjadi duta kepada lima produk pun membuatkan saya amat sibuk,” katanya.

Fasha bakal berlakon dalam filem Badang terbitan FiTA Studios Sdn Bhd iaitu anak syarikat UiTM Holdings yang akan diarahkan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen.

Dalam filem itu, buat pertama kalinya pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri dipilih sebagai teraju utama membawa watak Badang.

Turut berlakon ialah Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

Fasha berkata, dia menerima tawaran daripada Razak kerana sudah biasa bekerja dengan pengarah terkenal itu.

“Badang adalah filem ketujuh saya dengan Razak termasuk filem barunya,

Anak Mami Nasi Kandaq yang diterbitka­n tahun lalu. Watak saya bernama Fisha dan ada banyak aksi lasak yang kebanyakan­nya saya lakukan sendiri. Itu antara sebab saya suka dengan filem ini tetapi untuk aksi lasak yang agak bahaya

 ??  ??
 ??  ?? Fasha buat sendiri kebanyakan aksi lasak dalam filem Badang
Fasha buat sendiri kebanyakan aksi lasak dalam filem Badang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia