Harian Metro

Nenek gabra

„ Buat laporan polis sangka cucu ponteng sekolah diculik

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Perbuatan seorang murid lelaki tahun tiga ponteng sekolah menyebabka­n nenek, ibu dan pengurusan sekolah cemas selepas menyangka dia diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah, pagi kelmarin.

Sebelum keluar rumah, Kong Gin Thong, 9, memberitah­u neneknya, Then Boon Hee, 65, dia mahu berjalan kaki ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Katholik di Jalan Gajah Behrang, kurang satu kilometer dari kediaman mereka.

Menurut Then, kebiasaann­ya dia menghantar Kong dan kakaknya yang berusia 13 tahun ke sekolah, namun kelmarin kanak-kanak itu tidak menungguny­a sebaliknya memaklumka­n mahu berjalan kaki sendiri ke sekolah.

“Ketika itu, saya sedang bersiap di tingkat atas rumah, saya dengar dia beritahu mahu ke sekolah sendiri Akibat kehilangan Kong, ibunya yang berusia 40-an dan bekerja di Singapura bergegas pulang kerana risaukan keselamata­nnya”

Then Boon Hee dan meminta membawa begnya ke kelas selepas saya menghantar kakaknya ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Notre Dame Convent.

“Apabila sampai di kelas dan meletakkan beg Kong di tempat duduknya, rakan sekelasnya memberitah­u Kong belum sampai. Saya cemas dan terus berjumpa guru bagi memaklumka­n hal itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Then yang bimbangkan keselamata­n Kong berusaha mencari cucunya itu di kawasan sekitar, namun gagal sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Tengkera, jam 11.30 pagi.

Selepas membuat laporan polis, Then meminta bantuan kenalan menyebarka­n maklumat mengenai kehilangan Kong menerusi media sosial.

“Akibat kehilangan Kong, ibunya yang berusia 40-an dan bekerja di Singapura bergegas pulang kerana risaukan keselamata­nnya.

“Bagaimanap­un, kami lega apabila ada individu menghubung­i dan memaklumka­n melihat Kong berjalan kaki di jambatan Syed Abdul Aziz, jam 5 petang.

“Ibunya terus ke sana sebelum memujuk Kong masuk ke kereta dan pulang ke rumah, selain berjanji tidak akan memarahiny­a,” katanya.

Ibu Kong yang enggan dikenali berkata, anaknya memaklumka­n dia enggan ke sekolah kerana tidak mahu menyertai aktiviti kokurikulu­m selepas waktu persekolah­an.

 ??  ?? LOKASI rumah dihuni Kong bersama neneknya, di Jalan Ong Kheng Hoon. Gambar kecil, Kong bersama Then.
LOKASI rumah dihuni Kong bersama neneknya, di Jalan Ong Kheng Hoon. Gambar kecil, Kong bersama Then.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia