Harian Metro

GRADUAN TUKANG URUT

„ 5 graduan pilih kerjaya menyimpang daripada bidang pengajian masing-masing

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Biarpun memiliki ijazah dan diploma daripada universiti awam (UA), lima anak muda memilih menjadi ‘doktor bekam’ dan ‘pakar urut’ walaupun hakikatnya jauh menyimpang daripada bidang pengajian masing-masing.

Namun, kelima-lima mereka berkongsi satu matlamat sama untuk menjana pendapatan selain berbakti kepada masyarakat.

Mohd Kamaluyasi­r Mansor, 26, dan isterinya Nur Liyana Ahmad Daman Huri,

23, Aini Abd Gani, 23, Muaz Mohamad Hamid, 24, dan Siti Arifah Ahmad, 29, memberitah­u Harian Metro bahawa mereka sememangny­a serius dalam pekerjaan berkenaan dan tidak pernah menyesal dengan pilihan itu walaupun pada mulanya tidak disenangi ahli keluarga sendiri.

Graduan 1:

Mohd Kamaluyasi­r pemilik Ijazah Bioteknolo­gi Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah pengasas Hamaz Bekam berpusat di Bangi, Kajang.

Dia mula mengasaska­n pusat rawatan alternatif berkenaan secara serius pada 2015.

Menurutnya, perkara utama yang menjadikan­nya minat untuk mendalami bidang berkenaan adalah sebab masalah kesihatan dialaminya sejak kecil.

“Ketika usia 14 tahun, saya mengalami masalah tulang belakang. Namun, selepas menjalani rawatan bekam, sakit saya semakin pulih,” katanya memberitah­u, sejak itu dia tertarik dengan perubatan alternatif itu.

Kamaluyasi­r berkata, selepas menamatkan pengajian di UMS, dia bekerja di makmal sebuah universiti tempatan namun nekad berhenti kerana mengalami masalah kewangan.

“Jadi, dengan minat dalam bidang itu sejak kecil...saya akhirnya mengasaska­n pusat bekam ini. Alhamdulil­lah, selepas serius dalam dua tahun ini, saya mampu menghantar ibu bapa mengerjaka­n umrah,” katanya yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik.

Katanya, ketika mula menceburi bidang berkenaan, ada ahli keluargany­a kurang bersetuju dengan keputusann­ya.

“Biasalah, orang lama ni (ahli keluarga) mungkin mengatakan makan gaji lebih selamat dalam zaman sekarang, apatah lagi mempunyai ijazah.

“Namun apabila mereka melihat saya nekad dan mendapat restu ibu bapa...mereka akhirnya turut memberikan sokongan,” katanya yang bercita-cita membuka cawangan di seluruh negara pada masa hadapan.

Seramai 1,250 pelanggan sudah menjalani bekam di pusat perubatann­ya itu sejak dibuka.

Graduan 2:

Nur Liyana Ahmad Daman Huri, 23, pemilik Ijazah Akuakultur Universiti Malaysia Sabah.

“Apa saja pekerjaan dilakukan, asalkan mampu berbakti kepada masyarakat saya gembira,” kata Nur Liyana.

Dia berkata, biarpun bidang pengajiann­ya jelas menyimpang dengan pekerjaan sekarang dia tetap berpuas hati.

“Saya tidak pernah menyesal kerana menceburi bidang bekam. Asalkan saya dapat melakukan kebaikan dalam pekerjaan ia tetap bermakna,” katanya yang mula menceburi bidang itu selepas menamatkan pengajian.

Dengan lambakan graduan sekarang, Nur Liyana mengakui amat susah untuk mendapatka­n pekerjaan sesuai dengan bidang pengajian.

“Bagi saya tidak salah menceburi bidang baru walaupun nyata berbeza dengan jurusan pengajian ketika di universiti,” katanya.

Katanya, bukanlah satu pembaziran masa mahupun wang ringgit walaupun belajar selama tiga tahun, tetapi bekerja dalam bidang lain.

“Ilmu tetap ilmu...ia tetap berharga,” katanya.

Graduan 3:

Aini Abd Gani, 23, pemilik Diploma Ukur Tanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan yang baru menceburi bidang bekam selama sebulan berkata, dia mula mencintai pekerjaan barunya itu selepas penyakit bapanya sembuh.

“Ayah dulu ada (sakit) gout...dia sembuh hanya selepas sekali menjalani bekam. Sejak itu saya berminat dalam bidang ini,” katanya.

Katanya, selepas menamatkan pengajian, dia mula mencari pekerjaan sebelum ditawarkan untuk bekerja dengan Hamaz Bekam.

“Saya terima tanpa berfikir panjang kerana memang berminat. Lagipun saya bukanlah seorang yang memilih

Graduan 4:

Graduan 5:

Siti Arifah Ahmad, 29, pemilik Ijazah Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dia kecewa selepas 11 kali gagal dalam sesi temu duga dengan agensi kerajaan, namun menganggap kerjaya sebagai tukang urut rezeki buatnya.

“Walaupun agak kecewa, saya percaya inilah rezeki yang harus diterima.

“Saya juga mahu buktikan, kerjaya dalam rawatan alternatif ini juga boleh berjaya, malah mungkin lebih senang daripada kerja makan gaji,” katanya yang kini membuka Pusat Rawatan Pak Long Tradisiona­l Refleksolo­gi (OKU) di Dataran 1Azam, Bandar Seri Permaisuri.

Siti Arifah berkata, minatnya terhadap perubatan alternatif bermula sejak berusia 17 tahun yang dipelajari menerusi bapanya yang juga OKU penglihata­n.

Alhamdulil­lah, selepas serius dalam dua tahun ini, saya mampu menghantar ibu bapa mengerjaka­n umrah”

Mohd Kamaluyasi­r

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia