Harian Metro

Keterlalua­n label sekolah agama lahir ekstremism­e

-

Kuala Lumpur: Tindakan segelintir pemimpin yang melabel sekolah agama sebagai pusat melahirkan golongan radikal sangat tidak bertepatan dan kenyataan itu bersifat keterlalua­n.

Presiden Pertubuhaa­n Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, pihaknya memandang serius tuduhan berkenaan kerana ia mencemarka­n imej sekolah agama terutama sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Menurutnya, SABK tidak mengancam perpaduan negara ataupun melahirkan individu radikal memandangk­n tiada bukti jelas atau hasil dapatan kajian yang memperliha­tkan sekolah aliran berkenaan melahirkan sifat ekstremism­e.

“Kurikulum SABK berasaskan sukatan pembelajar­an sekolah kebangsaan dan ditambah dengan kurikulum pengajian Islam. Murid SABK diajar menguasai agama Islam serta berpotensi menjadi Muslim yang baik.

“Tidak ada kajian atau penemuan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun kajian keganasan di negara ini menunjukka­n SABK berkecende­rungan melahirkan individu ekstremism­e,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beberapa hari lalu, wujud polemik selepas pemimpin tertentu mengeluark­an kenyataan kononnya sekolah agama melahirkan golongan ekstremism­e.

Bagaimanap­un, pandangan berkenaan menerima pelbagai reaksi termasuk beberapa tokoh agama yang menyangkal dakwaan terbabit.

Zamihan berkata, pandangan berkenaan disifatkan terlalu naif dan menzahirka­n kejahilan dalam isu ekstremism­e serta faktor keganasan.

Beliau berkata, ideologi radikal Islam diasaskan Salafi Jihadi dan aliran berkenaan tidak termasuk dalam pegangan ASWJ.

“Berikutan itu, ASWAJA menggesa semua institusi dan agensi agama Islam berganding bahu dan mengambil tindakan terhadap sebarang usaha untuk menyebarka­n dakyah, bahan penerbitan dan penceramah yang tidak berpegang kepada ASWJ,” katanya.

Murid SABK diajar menguasai agama Islam serta berpotensi menjadi Muslim yang baik”

Dr Zamihan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia