Harian Metro

Impian budak hidap barah tulang naik ETS tercapai

-

Sungai Petani: Impian seorang kanak-kanak penghidap barah tulang tahap empat, Akmal Hadi Mohamad, 12, menaiki Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) tercapai apabila dibawa menaikinya dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, semalam.

Akmal Hadi yang diiringi ibunya, Miza Pak Wan Chik, 42, menaiki ETS dari Stesen Keretapi Sentral Kuala Lumpur, jam 11 pagi dan tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Petani, jam 2.09 petang.

Ketibaan Akmal Hadi dan ibunya disambut Ketua Biro Kebajikan Pertubuhan Anak Yatim Kuala Muda Kampung Che Bema Kuala Muda, Natifah Abu, yang turut membiayai kos tambang ETS hasil sumbangan rakan laman sosial Facebook (FB).

Akmal Hadi berkata, dia begitu gembira kerana kali pertama dapat menaiki ETS dan dapat bersua dengan Natifah yang sebelum ini hanya dikenali melalui FB.

“Saya mengenali Kak Natifah melalui FB setelah tertarik dengan aktiviti bersama rakanya yang banyak membantu golongan anak yatim dan pesakit kronik.

“Malah minggu lalu, Kak Natifah dan rakan FBnya turut membiayai sebahagian daripada kos tambang pemergian saya dan ibu ke Singapura...jadi saya begitu teruja untuk menemuinya,” katanya.

Sementara itu, Natifah berkata, dia mengenali Akmal Hadi sejak tahun lalu dan mengetahui penyakit kanser tulang dialaminya sekali gus berasa begitu simpati dengan penderitaa­n yang ditanggung.

Katanya, sejak itu, dia sentiasa mengikuti perkembang­an penyakit Akmal melalui ibunya Miza ataupun Akmal sendiri melalui telefon atau pun FBnya serta berusaha membantuny­a sekadar yang mampu.

“Sebelum ini, Akmal ada luahkan perasaanny­a yang dia begitu teringin untuk melawat Universal Studio di Singapura dan saya bersama rakan FB membiayai sebahagian kos tambangnya ke sana minggu lalu,” katanya.

 ??  ?? AKMAL disambut kakitangan ETS sebaik tiba di Sungai Petani, semalam.
AKMAL disambut kakitangan ETS sebaik tiba di Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia