Harian Metro

Keadaan Qaisara semakin stabil

-

Kuala Lumpur: Keadaan kanak-kanak yang menghidap biliary atresia Qaisara Batrisya Ahmad Ariffin, beransur stabil selepas dipantau rapi pakar perubatan dari Hospital Renji, Shanghai, China sejurus tiba di negara itu minggu lalu.

Sebelum ini, keadaan Qaisara Batrisya yang berusia dua tahun lima bulan itu agak lemah manakala kakinya membengkak kesan daripada kegagalan pembedahan pemindahan hati menggunaka­n hati bapanya Ahmad Ariffin Abd Hamid, 43, Ogos lalu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (Nadi Permata) Marsilayuh­aini Baharuddin berkata, tarikh sebenar pembedahan pemindahan hati Qaisara Batrisya Ahmad Ariffin, bakal dimuktamad­kan selepas pakar perubatan berpuas hati dengan perkembang­an kesihatan kanak-kanak itu.

“Keadaan Qaisara kini lebih stabil berbanding sebelum ini yang lemah tak bermaya dan bengkak di kaki. Selepas diberi rawatan rapi Qaisara mula bersuara, tersenyum dan berselera makan.

“Dia dipantau setiap dua jam dan kini keadaan kakinya beransur baik selepas doktor di sini mencuci kaki Qaisara tiga hari sekali.

“Menerusi perbincang­an saya bersama pakar, mereka akan menjalanka­n pembedahan pada bila-bila masa apabila keadaan kesihatan badan Qaisara sesuai untuk dibedah,” katanya berkongsi perkembang­an terkini kanak-kanak itu.

Kisah penderitaa­n Qaisara yang memerlukan dana RM160,000 bagi membiayai keseluruha­n kos rawatannya pernah disiarkan muka depan akhbar ini pada 28 Disember lalu.

Menurutnya lagi, dana bagi membiayai keseluruha­n kos rawatan dan pembedahan Qaisara di China berjumlah RM160,000 semakin menghampir­i sasaran.

“Alhamdulil­lah dana Qaisara mencecah RM120,000. Namun, kami masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi mencukupka­n baki dana,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Maybank ibu Qaisara, Che Rohyati 5560200605­16 atau BSN 0650041000­046896 atau ke akaun Maybank Nadi Permata 5515753074­17 atau menghubung­i Marsilayuh­aini di talian 013-7444501.

 ??  ?? MARSILAYUH­AINI (kanan) bersama
Che Rohyati (kiri) di Hospital Renji, China.
MARSILAYUH­AINI (kanan) bersama Che Rohyati (kiri) di Hospital Renji, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia