Harian Metro

KORBAN HILANG PEDOMAN

- Muhammad Saufi Hassan dan Fardy Bungga am@hmetro.com.my

„ Tiga rakyat Malaysia termasuk pemimpin kanan sayap gerakan militan Daish mati di Syria

Kuala Lumpur

Polis mengesahka­n sekurang-kurangnya 30 rakyat Malaysia yang menyertai gerakan militan Daish sudah terbunuh sejak 2014 termasuk tiga lagi yang terbunuh dalam pertempura­n di Raqqah, Syria, Jumaat lalu.

Bahagian Counter-Terrorism (E8) Bukit Aman bagaimanap­un memaklumka­n sehingga kini seramai 95 rakyat Malaysia masih berada di Syria dan dikesan menyertai perjuangan Daish termasuk menjadi anggota beberapa kumpulan militan lain yang turut bernaung di bawah gerakan militan berkenaan.

Terbaru, tiga rakyat Malaysia termasuk pemimpin kanan sayap gerakan militan Daish, Katibah Nusantara Zainuri Kamaruddin terbunuh bersama dua lagi rakannya.

Zainuri yang juga bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dipercayai pakar dalam membuat bom manakala dua lagi rakannya yang terbunuh dikenali sebagai Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27, dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31.

Antara kumpulan militan yang aktif di Syria selain Daish adalah Katibah Nusantara, Ajnad Al-Syam dan beberapa lagi kumpulan kecil yang turut dianggotai oleh rakyat tempatan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah E8 Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahka­n bahawa seramai 30 rakyat Malaysia sudah terbunuh sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, sumber perisikan mendedahka­n bahawa seramai 95 lagi rakyat Malaysia berada di Syria.

“Kebanyakan mereka yang terpengaru­h untuk menyertai perjuangan Daish di Timur Tengah kerana mengikuti doktrin Salafi Jihadi dan kononnya akan memperoleh ganjaran jika mereka mati.

“Kegiatan militan Daish ini jelas dan ia juga sudah diputuskan oleh Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan bahawa perjuangan Daish menyimpang daripada ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi Harian

Metro, semalam.

Ayob Khan berkata, penyebaran ideologi Salafi Jihadi masih berkembang di media sosial dan penyertaan rakyat Malaysia tidak akan berhenti jika tiada usaha untuk membantera­s ideologi terbabit.

“Tidak timbul isu kononnya mereka keliru atau tidak tahu Daish itu menyelewen­g daripada Islam. Pelbagai penerangan sudah dilakukan. Ini semua berpunca kerana terpengaru­h dengan ideologi Salafi Jihadi yang digunapaka­i oleh anggota militan ini.

“Jika kita tidak membantera­s ideologi ini, kita tidak akan dapat menyelesai­kan masalah utama iaitu rakyat Malaysia yang menyertai gerakan Daish,”katanya.

Mohd Lotfi Ariffin dan Mohd Fadlan Shahidi antara rakyat Malaysia terawal menjadi mangsa korban dalam konflik di Timur Tengah dan mereka dianggap sebagai pejuang ‘syahid’ oleh pensimpati gerakan militan terbabit.

Sekitar awal 2014, beberapa rakyat Malaysia yang ‘berjuang’ di Syria menggunaka­n medium laman sosial seperti Facebook (FB) untuk ‘mempromosi­kan’ dan merekrut anggota baru, sekali gus dibawa untuk menyusup masuk ke negara bergolak terbabit.

Namun, wujud pandangan daripada beberapa tokoh agama berhubung tindakan jihad di Syria itu tidak berlandask­an Islam dan berunsur ‘kabur’.

Pendekatan radikal militan Daish seperti menyembeli­h

 ?? Ayob Khan ?? ANTARA militan DAISH rakyat Malaysia.
Jika tidak membantera­s
ideologi ini, masalah utama
tak dapat diselesaik­an
Ayob Khan ANTARA militan DAISH rakyat Malaysia. Jika tidak membantera­s ideologi ini, masalah utama tak dapat diselesaik­an
 ??  ?? ZAINURI Kamarudin yang menyertai
gerakan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam pertempura­n di Raqqah, Jumaat lalu.
ZAINURI Kamarudin yang menyertai gerakan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam pertempura­n di Raqqah, Jumaat lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia