Harian Metro

Cacing banjir makin banyak!

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Penduduk sekitar Kampung Kuala Ping, di sini, terutama di kawasan berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ping sudah menduga bahawa banjir besar bakal melanda kampung mereka baru-baru ini berikutan kehadiran cacing tanah yang luar biasa.

“Saya melihat cacing tanah dalam jumlah sangat banyak pada 15 Disember lalu, ramai penduduk kampung kemudian mendakwa ia petanda banjir besar akan berlaku.

“Memang benar sekali banjir besar melanda kampung kami dan pada mulanya disangkaka­n cacing itu hilang selepas itu tetapi pada akhir Disember lalu jumlahnya semakin bertambah,” kata Wan Asmah Abas.

Menurut Wan Asmah, 53, kehadiran cacing tanah dalam jumlah yang banyak itu masih menjadi tanda tanya terutama di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ping dan sekitar rumah penduduk yang terletak berhampira­n sekolah itu.

Katanya, sepanjang hayatnya dia tidak pernah melihat jumlah cacing yang keluar dari tanah sebanyak itu dan ia satu kejadian yang pelik.

“Waktu pagi cacing terbabit akan keluar merayap di permukaan tanah dan sebahagian­nya

„ ‘Gerombolan’ baru keluar lagi setiap kali longkang dicuci

akan mati akibat kepanasan apabila keadaan tanah dan jalan yang panas.

“Sangkaan saya selepas banjir yang melanda dua minggu lalu semua cacing hilang, namun sebaliknya berlaku apabila jumlahnya semakin banyak,” katanya yang bekerja sebagai pencuci di SK Kuala Ping sejak 12 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk kampung, Shamsuddin Abbas, 51, berkata, pada mulanya jumlah cacing berkenaan tidak begitu banyak namun sejak kebelakang­an ini bilanganny­a semakin bertambah.

“Apabila kerja pembersiha­n dilakukan terutama menyembur air ke dalam longkang maka cacing itu akan keluar lagi melalu lubang rekahan longkang.

“Mungkin jumlahnya masih banyak di dalam tanah di sekitar sekolah ini kerana setiap kali dibersihka­n cacing baru akan keluar,” katanya.

Menurutnya, dia berharap keanehan yang berlaku itu dapat diatasi dengan segera kerana ia sudah berlarutan hampir sebulan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya dimaklumka­n mengenai kejadian itu semalam dan pihak pengurusan sekolah bersama penduduk kampung minta bantuan membersihk­an kawasan sekolah yang dipenuhi cacing.

“Cacing terbabit memenuhi longkang sekolah sepanjang 100 meter dan terdapat juga sebahagian­nya di atas kawasan lapang di hadapan pintu masuk sekolah namun yang paling banyak di dalam longkang.

“Pihak kami hanya melakukan kerja mengusirny­a dengan menyembur air tekanan tinggi bagi menghanyut­kan cacing terbabit ke alur sungai berdekatan,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUDDIN menunjukan cacing yang terdapat di SK Kuala Ping.
ANGGOTA bomba bersama pekerja pembersiha­n sekolah melakukan kerja membersih cacing di SK Kuala Ping.
SHAMSUDDIN menunjukan cacing yang terdapat di SK Kuala Ping. ANGGOTA bomba bersama pekerja pembersiha­n sekolah melakukan kerja membersih cacing di SK Kuala Ping.
 ??  ?? CACING dalam parit di SK Kuala Ping.
SHAMSUDDIN membersihk­an sisa cacing di SK Kuala Ping.
SUHAIMI Ali, 56, menunjukka­n cacing yang terdapat di sekitar SK Kuala Ping.
CACING dalam parit di SK Kuala Ping. SHAMSUDDIN membersihk­an sisa cacing di SK Kuala Ping. SUHAIMI Ali, 56, menunjukka­n cacing yang terdapat di sekitar SK Kuala Ping.
 ?? NAZDY HARUN ??
NAZDY HARUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia