Harian Metro

Bantuan pacuan empat roda

-

Gua Musang: Seramai 462 pelajar Orang Asli dari 20 kampung di lima pos, di sini, yang terkandas untuk ke sekolah di bandar berikutan jalan dan jambatan rosak diangkut menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Nik Man Nik Ya berkata, usaha membawa keluar kesemua pelajar berkenaan yang menggunaka­n khidmat kontraktor dilantik akan selesai Khamis ini.

Katanya, pelajar yang terkandas itu membabitka­n penduduk di Pos Gob seramai 97 pelajar, Simpor (88), Balar (89), Belatim (28) dan Pos Bihai (169).

“Pada hari pertama iaitu Khamis lalu, kita mengangkut pelajar dari Pos Gob seramai 97 orang dan semalam seramai 169 pelajar dari Pos Bihai.

“Kita mengarahka­n semua kontraktor yang dilantik mengangkut segera pelajar terkandas kerana bimbang keadaan jalan bertambah buruk apabila hujan memandangk­an musim tengkujuh belum berakhir.

“Pagi ini (semalam) kita menggunaka­n tujuh kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar pelajar dari Pos Bihai,” katanya ketika ditemui selepas memantau usaha mengangkut pelajar Orang Asli di Pos Bihai, di sini, semalam.

Nik Man berkata, pihaknya cuba membawa keluar pelajar Orang Asli yang belajar di beberapa sekolah menengah sekitar bandar ini pada 31 Disember lalu, namun gagal ekoran beberapa jalan dan jambatan rosak akibat hujan dan banjir, baru-baru ini.

Katanya, jalan dan jambatan yang rosak itu sudah dibaiki oleh pihak berkuasa termasuk gotong-royong penduduk Orang Asli bagi mempercepa­tkan pemulihan.

“Kerosakan jalan berlaku setiap akhir tahun di musim tengkujuh dan pernah juga pelajar terbabit diangkut menggunaka­n penerbanga­n ihsan bomba pada Januari 2015 selepas banjir besar Disember 2014,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut keluar pelajar Orang Asli yang terkandas.
KENDERAAN pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut keluar pelajar Orang Asli yang terkandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia