Harian Metro

Tenggelam ditelan pasir

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

“Hati mana tak sedih, baru dua tahun tinggal di rumah Program Bantuan Rakyat (PBR), kini sekali lagi terpaksa menumpang hidup di rumah saudara kerana kediaman ditenggela­mi pasir,” kata mangsa banjir lumpur awal bulan lalu, Zahari Isa, 43, ketika ditemui di Kampung Bukit Besi, Temangan, di sini, semalam.

Menurutnya, sejak berlaku runtuhan di kawasan perlombong­an bijih besi pada 2014, kehidupan mereka tidak pernah tenteram setiap kali hujan kerana perlu berjaga-jaga dengan paras air yang naik mendadak.

Katanya, air dari kawasan bukit berkenaan akan turun memenuhi perkampung­an mereka yang membawa bersama tanah merah dan pasir.

“Rumah PBR dibina selepas rumah lama dulu musnah akibat banjir 2014 dan siap pada 2015 lalu. Kegembiraa­n kami tidak lama kerana setiap kali hujan, air bersama lumpur dan pasir akan memenuhi kawasan rumah.

“Kali ini, rumah ditelan pasir sedalam satu meter menyebabka­n saya dan ibu terpaksa menumpang di rumah adik-beradik,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan barangan keperluan

„ Penerima rumah PBR terpaksa tumpang saudara

harian dan wang zakat yang disumbangk­an Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) di Kampung Bukit Besi, di sini.

Sumbangan itu, disampaika­n Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Dr Noor Zari Hamat, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Koperasi Wawasan Malaysia Bhd (KOWAMAS) Datuk Mohamed Farid Zawawi.

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya sedia membina rumah baru kepada 19 mangsa banjir lumpur awal bulan lalu menerusi PBR.

“Kementeria­n sedia membina rumah di bawah projek PBR yang bernilai di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebuah.

“Perkara ini harus disegeraka­n bagi mengelak nyawa penduduk yang tinggal di kaki bukit terancam,” katanya.

 ?? Ahmad Jazlan Yaakub ?? Kementeria­n sedia membina rumah di bawah projek PBR yang bernilai di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebuah” AHMAD Jazlan (kanan) meninjau keadaan rumah mangsa banjir yang ditenggela­mi pasir dan lumpur.
Ahmad Jazlan Yaakub Kementeria­n sedia membina rumah di bawah projek PBR yang bernilai di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebuah” AHMAD Jazlan (kanan) meninjau keadaan rumah mangsa banjir yang ditenggela­mi pasir dan lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia