Harian Metro

Rakan terkejut terima khabar duka

-

Shah Alam: “Saya terkejut mengetahui kemalangan itu kerana baru menemui mereka sebelum menunaikan solat Jumaat,” kata Firdaus Nasir, 17, rakan kepada mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 6, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, dua remaja berusia 16 tahun maut di lokasi selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terbabas.

Firdaus berkata, Muhammad Asyraf Mohd Naizie, 16, dan Muhammad Fudail Mazlin, 16, sememangny­a rakan yang baik dan dia seakan-akan tidak percaya dengan kemalangan yang menimpa mereka.

“Asyraf dan Fudail rakan baik saya namun Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam, di sini, semalam.

Rakan lain, Akmal Ariff, 17, berkata, sejurus mengetahui mengenai kemalangan itu dia bergegas ke hospital.

“Apabila mendapat tahu berita itu, saya bersama rakan lain terus menuju ke hospital untuk melihat arwah.

“Tidak sangka mereka pergi secepat ini kerana kami rapat sejak sesi persekolah­an bermula tahun ini,” katanya yang bersekolah sama dengan kedua-dua mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarka­n keterangan saksi, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis BMW S1000RR dipercayai terbabas sendiri selepas motosikal itu bergesel dengan pembahagi jalan.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng tercampak ke jalan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan waris sudah dimaklumka­n,” katanya memaklumka­n kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) 1987 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? FOTO: IHSAN BOMBA ?? PASANGAN tunang yang maut dalam kemalangan di persimpang­an Plaza Tol Pagoh, Muar. KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang remuk selepas bertembung dengan Perodua Viva dipandu mangsa.
FOTO: IHSAN BOMBA PASANGAN tunang yang maut dalam kemalangan di persimpang­an Plaza Tol Pagoh, Muar. KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang remuk selepas bertembung dengan Perodua Viva dipandu mangsa.
 ??  ?? DUA remaja maut motosikal bergesel pembahagi jalan.
DUA remaja maut motosikal bergesel pembahagi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia