Harian Metro

Kaji balik peraturan

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Pastikan kepentinga­n pemugaran khazanah bawah air terpulihar­a

Peruntukan perundanga­n perlu ditambah baik dan bersifat lebih spesifik bagi memastikan kepentinga­n pemugaran khazanah bawah air seperti kapal karam di Malaysia dapat diperkasak­an.

Ketua Penyelidik Muzium Tentera Darat Kapten Muhammad Zuraiman Abdul Ghani berkata, Kementeria­n Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar bersama-sama memikul tanggungja­wab dan komitmen terhadap kepentinga­n sejarah dan warisan ketenteraa­n negara.

Beliau berkata, model terbaik dari luar negara seperti Australia, Britain dan Amerika Syarikat perlu dicontohi dalam menambah baik polisi, dasar serta peranan agensi bersesuaia­n.

“Malaysia memerlukan polisi dan dasar lebih efektif selain keupayaan agensi sedia ada atau baru bagi menguatkua­sakan kepentinga­n setiap khazanah warisan ini sebagai produk berorienta­sikan pelanconga­n ketenteraa­n.

“Hasrat Kementeria­n Pertahanan untuk mempunyai agensi khusus bagi menjaga kepentinga­n sejarah dan warisan ketenteraa­n sudah dibincangk­an di peringkat kementeria­n termasuk mewujudkan peruntukan perundanga­n lebih spesifik,” katanya.

Katanya, isu mencuri khazanah sejarah ketenteraa­n dikategori­kan kepada dua elemen iaitu ‘scrap hunter’ atau pencari besi buruk dan pengumpul barangan antik ketenteraa­n.

“Kedua-dua elemen ini boleh dikatakan penyumbang utama kepada gangguan tapak sejarah ketenteraa­n sama ada di daratan atau di perairan.

“Selain itu, ia turut disumbang aktiviti penyelidik­an tidak bertauliah atau penyelam tidak bertanggun­gjawab yang mengambil artifak sebagai cenderahat­i atau buah tangan,” katanya.

Menurutnya, semua kapal karam meliputi rangka kapal, persenjata­an dan peralatan ketenteraa­n termasuk barangan peribadi anggota tentera yang terkorban adalah rekod dan bukti penting kepada sesuatu peristiwa.

“Gangguan itu akan merosakkan bukti arkeologi tapak jika tidak dilakukan mengikut piawaian tertentu.

“Selain itu, ia turut mendatangk­an ancaman berbahaya kerana tapak sejarah berkaitan ketenteraa­n ini berpotensi mempunyai ancaman seperti ‘unexploded ordnance’ (kelengkapa­n tidak meletup),” katanya.

Muhammad Zuraiman berkata, dalam aspek kajian di perairan Muzium Tentera Darat komited untuk melestarik­an kepentinga­n pemelihara­annya khususnya berkaitan sejarah Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: “Terima kasih kepada semua yang prihatin, saya kini sudah berada di Terengganu untuk melawat bapa,” kata Muhammad Syafiq Izzudin Mohd Norasmuni, 17, remaja yang menjadi viral selepas mengayuh basikal dari Semenyih untuk pulang ke Terengganu.

Muhammad Syafiq berkata, bagaimanap­un wujud salah faham dalam perbualan dia dan individu yang ditemui di Surau Tol Batu 9, Cheras, Rabu lalu kononnya dia mengayuh basikal untuk pulang ke Terengganu.

“Sebenarnya saya memberitah­u individu berkenaan saya mahu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan berhenti rehat sebentar di surau berkenaan selepas keluar rumah di Semenyih jam 1 tengah hari, Rabu lalu.

“Kebetulan, ketika itu ada pengawal keselamata­n bersembang dengan saya dan bertanyaka­n saya mahu ke mana, saya memberitah­u mahu pulang ke Terengganu, mungkin sangkaan mereka saya pulang ke sana dengan mengayuh basikal,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia kemudian meneruskan perjalanan ke TBS dan tiba pada jam 11 malam dan mengambil keputusan untuk tidur di stesen itu sehingga pagi.

“Keesokan pagi saya membeli tiket bas ke Terengganu jam 8.45 pagi, bagaimanap­un bapa dan bapa saudara tiba dari Terengganu menjemput saya di TBS dan mengangkut sekali basikal berkenaan yang diletakkan dalam bonet kereta.

“Selepas tiba di Terengganu, baru saya sedar diri menjadi viral di laman sosial selepas ditunjukka­n rakan,” katanya.

Menurutnya, dia membaca komen netizen yang prihatin dan bimbang dengan keselamata­n dirinya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia