Harian Metro

UNTUNG TERUS KE POKET

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

Nibong Tebal

“Saya mengusahak­an sendiri kebun seluas 8.09 hektar tanpa menggunaka­n tenaga pekerja lain, sekali gus segala keuntungan diperoleh terus dapat saya nikmati,” kata Osman Zakaria, 64, yang mengusahak­an kebun kelapa sawit berhampira­n rumahnya di Kampung Kedah, di sini, sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, dia menuai hasil 22 hari sekali dan mampu memperoleh 1 tan metrik buah kelapa sawit dengan pendapatan sekitar RM670 berbanding RM300 pada Oktober tahun lalu.

Katanya, dia mengangkut sendiri buah sawit dengan kereta ke kilang pemprosesa­n berhampira­n rumah dan walaupun kerja itu remeh, dia puas hati kerana mendapat pulangan memberangs­angkan sejak kenaikan harga komoditi itu bermula November lalu.

“Saya memiliki kebun seluas 8.09 hektar di Simpang Pulai, Perak. Berbekalka­n pengalaman bekerja sebagai peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Tiang, Perak, saya kini mampu meraih pendapatan tinggi dengan titik peluh sendiri.

“Hasil keuntungan digunakan membeli baja berkualiti bagi menyuburka­n tanaman sawit, sekali gus memastikan kualiti dan kuantiti buah seimbang di kebun saya.

“Malah, kesan keuntungan ini barangan keperluan harian dapat dibeli secara pukal selain mampu membawa isteri dan anak pergi bercuti,” katanya.

Sementara itu, pekerja ladang sawit, Abdul Halim Wahab, 59, yang berasal dari Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor berkata, walaupun harga sawit tinggi, pendapatan bulanannya masih di aras lama.

Katanya, dia yang hanya mengambil upah memotong, mengutip dan membawanya ke luar jalan sejak 20 tahun lalu, sekali gus tidak memberi perubahan terhadap pendapatan­nya.

“Gaji saya masih di takuk lama, tiada kenaikan atau faedah diperoleh, namun saya tahu pengeluara­n buah berkuranga­n sejak lapan bulan lalu.

“Sehingga sekarang memang diakui pengeluara­n buah sawit amat kurang, menyebabka­n ia memberikan kesan kepada harga hingga naik secara mendadak,” katanya.

„ Pengusaha angkut sendiri sawit ke kilang peroleh RM670 bagi 1 tan metrik

 ??  ?? YUNOS melihat buah sawit yang sudah boleh dikait di kebunnya di FELCRA Ramuan Cina, Lubok CIna.
ISMAIL mengait buah sawit sambil diperhatik­an rakannya.
YUNOS melihat buah sawit yang sudah boleh dikait di kebunnya di FELCRA Ramuan Cina, Lubok CIna. ISMAIL mengait buah sawit sambil diperhatik­an rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia