Harian Metro

Gelagat tapir tepi LPT2

- Isma Ismail, Ahmad Rabiul Zulkifli dan Rosli Ilham am@hmetro.com.my

„ Pengguna lebuh raya berhenti di bahu jalan halau haiwan balik ke hutan

Kehadiran tapir di Kilometer 321.1 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampira­n susur keluar Kertih, Kemaman, kelmarin menarik perhatian pengguna lebuh raya hingga mendorong mereka memberhent­ikan kenderaan bagi menghalau haiwan itu kembali ke hutan dan juga untuk memberi amaran kepada pemandu lain.

Tindakan mereka menyelamat­kan haiwan terbabit apabila ia dipercayai kembali semula ke hutan kerana pemantauan anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bergegas ke lokasi mendapati tapir terbabit sudah tiada.

Pengguna lebuh raya yang sempat merakam gambar dan video haiwan terbabit, Muhammad Amri Azmi, 26, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu menuju ke Cheneh, Kemaman.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 6 petang beberapa kenderaan berhenti di tepi lebuh raya bagi mengawasi seekor tapir yang berada di kawasan itu.

“Waktu itu ada beberapa kenderaan berhenti dan beberapa pemandu juga membantu memberi amaran kepada kenderaan lain supaya dapat memperlaha­nkan kenderaan kerana bimbang tapir berkenaan melintas.

“Saya berada di situ kira-kira setengah jam dan beredar dari kawasan berkenaan selepas haiwan itu melompat penghadang jalan dan turun ke kawasan cerun terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, haiwan itu kelihatan jinak dan mungkin sudah biasa berdepan dengan orang ramai kerana ia tidak lari walaupun cuba didekati.

Katanya, dia juga dapati bahagian belakang badan haiwan berkenaan mempunyai kesan calar dipercayai terluka ketika membolosi pagar lebuh raya.

“Saya kemudian menghubung­i PERHILITAN bagi memaklumka­n mengenai kehadiran tapir berkenaan sebelum beredar di kawasan itu, saya sekali lagi berhubung dengan jabatan terbabit dan dimaklumka­n anggota yang ke lokasi itu mendapati haiwan terbabit tiada lagi dipercayai sudah kembali ke hutan.

“Saya juga tidak sangka gambar dan video yang dimuat naik ke Facebook mendapat perhatian ramai sebelum dikongsi menerusi laman media,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumka­n pengguna LPT2 jam 7.40 malam.

“Malangnya, sebaik anggota PERHILITAN dari Kemaman tiba ke lokasi, tapir itu sudah tiada dan diyakini sudah memasuki hutan berhampira­n berdasarka­n kesan tapak kaki haiwan itu yang menghala ke dalam hutan.

“Hasil penelitian yang dijalankan, tapir itu dipercayai tersesat selepas cuba menyeberan­gi lebuh raya dan laluan itu memang menjadi kebiasaan tapir dan haiwan liar lain melintas,” katanya.

Mohd Hasdi berkata, berdasarka­n maklumat pekerja ladang kepala sawit berdekatan, tapir yang sama dipercayai sering dilihat mereka berkeliara­n di kawasan berkenaan.

“Kami juga mendapati tapir terbabit memasuki LPT2 melalui pagar yang sengaja dirosakkan individu yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tujuh ekor tapir direkodkan ditemui mati dirempuh kenderaan ketika cuba melintas lebuh raya itu sejak 2012.

“PERHILITAN dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bekerjasam­a menyediaka­n dua papan tanda amaran di laluan yang berisiko di LPT2 itu justeru pengguna perlu peka dan mematuhi amaran yang diberikan,” katanya.

 ??  ?? TAPIR yang ditemui berkeliara­n di Kilometer 321.1 LPT2 berhampira­n susur keluar Kertih, Kemaman, kelmarin.
TAPIR yang ditemui berkeliara­n di Kilometer 321.1 LPT2 berhampira­n susur keluar Kertih, Kemaman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia