Harian Metro

Asmawati ketuai senarai kenaikan pangkat polis

-

Kuala Lumpur: Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengetuai senarai kenaikan pangkat dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Bahagian Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Superinten­dan Venugopal Navaretnam dalam kenyataan berkata, seramai 10 pegawai kanan polis diumumkan pertukaran dan penyelaras­an berkuat kuasa 13 Februari depan.

Katanya, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (Operasi) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sharifah Hawariah Syed Idrus bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narkotik Penguatkua­saan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Jawatan beliau akan diambil alih Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor yang kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat), Jabatan Siasatan Komersil, Bukit Aman.

“Manakala Pegawai Penyiasat Kanan (Jenayah Korporat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Superinten­dan R Rajagopal akan mengambil alih jawatan Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor dan turut memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Moktar Md Noor pula akan bertukar jawatan sebagai Ketua Bahagian Perundanga­n PDRM, Urus Setia KPN (Pentadbira­n), Bukit Aman dan turut memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

 ??  ?? ASMAWATI
ASMAWATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia