Harian Metro

Penunggang motosikal diseret bawah kereta

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki bergesel dengan sebuah motosikal lain dan tercampak di atas jalan sebelum diseret sebuah kereta di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampira­n Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Dalam kemalangan pada jam 3 petang itu, mangsa G Gobi, 31, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah, manakala seorang lagi lelaki menunggang motosikal lain berusia 62 tahun cedera ringan dan pemandu kereta tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua motosikal berkenaan dalam perjalanan dari bandar Ipoh menghala ke Simpang Pulai sebelum bergesel sesama sendiri dan kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan raya.

“Sebuah kereta jenis Toyota Corona yang datang dari belakang cuba mengelak ke kanan namun melanggar seorang daripada mangsa,” katanya, semalam.

Chang berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 31 tahun maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal hanya cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati seorang lelaki tersangkut di bawah kereta dan dipercayai diseret kereta berkenaan sejauh beberapa meter.

“Bomba kemudian mengangkat kereta berkenaan menggunaka­n beg udara sebelum menarik badan mangsa keluar dari bawah kereta dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya.

Dua peniaga maut akibat lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kampung Bagan Seberang, Kuala Kurau, semalam.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa Wong Yat Mun dan Mok Beng Hui yang masing-masing berusia 19 tahun berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke sebuah premis makanan laut untuk makan tengah hari.

Rakan mangsa, Tan Wei Hua, 28, berkata, dia bersama dua rakannya itu baru selesai berniaga peralatan kelengkapa­n perayaan Tahun Baru Cina di Tanjung Piandang, dekat sini, dalam perjalanan untuk menikmati makanan laut di Kuala Kurau.

Menurutnya, dia menaiki kenderaan lain bersendiri­an dan berada di hadapan Toyota Unser yang dinaiki dua rakannya itu sebelum berpatah balik apabila menyedari MPV berkenaan tiada di belakangny­a.

“Sewaktu membuat pusingan, kelihatan dari jauh orang ramai mengerumun­i tebing parit berhampira­n jalan itu. Apabila menghampir­i kawasan itu, saya terkejut melihat kenderaan rakan terbalik di dalam parit berkenaan dan kelihatan orang ramai sedang berusaha mengeluark­an dua rakan saya yang terperangk­ap di dalam MPV itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

>>Mok disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Wong meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital

„

 ??  ?? ORANG ramai membantu mengeluark­an mangsa dari kenderaan yang terbabas. MPV yang terbabas ke dalam parit.
ORANG ramai membantu mengeluark­an mangsa dari kenderaan yang terbabas. MPV yang terbabas ke dalam parit.
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa tersangkut di bawah kereta.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa tersangkut di bawah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia