Harian Metro

KSU bebas jamin RM200,000

-

Putrajaya: Selepas 11 hari direman bagi membantu siasatan penyalahgu­naan kuasa, jawatan dan kedudukan dengan menerima rasuah, Mahkamah Majistret di sini, semalam membebaska­n Ketua Setiausaha Kementeria­n (KSU) Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan anak lelakinya dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Individu bergelar Datuk berusia 59 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM200,000 manakala anak sulung berusia 34 tahun dibebaskan dengan jaminan RM25,000.

Pembebasan terhadap kedua-dua individu terbabit dibuat selepas dibenarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Terdahulu, KSU berkenaan bersama anaknya dilihat dibawa ke mahkamah jam 11 pagi diiringi pegawai SPRM dengan menaiki kereta berasingan.

Lelaki itu dilihat memakai baju kemeja lengan pendek bercorak belang serta berseluar hitam manakala anaknya memakai baju kemeja lengan panjang serta berseluar jean malah, masing-masing menutup kepala dan seluruh muka.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan KSU itu di kediamanny­a di USJ Subang Jaya, Selangor jam 8 pagi manakala, kedua-dua anak lelakinya ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas diambil keterangan.

Hasil pemeriksaa­n 12 jam di rumah suspek, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM3 juta.

Turut dirampas 150 beg tangan dan jam tangan pelbagai jenama selain sejumlah dokumen daripada peguam suspek di pejabatnya di Puchong yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

Dalam pemeriksaa­n susulan di kediaman suspek, SPRM turut merampas wang tunai dalam mata wang pound Britain, Euro dan dolar Singapura berjumlah lebih RM550,000, yang disembunyi­kan anak keempat suspek.

Jumlah wang tunai dan aset yang dirampas berhubung kes itu dianggarka­n melebihi RM6 juta.

Dua anak lelaki suspek yang turut ditahan dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah.

 ??  ?? KSU bersama anak lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya selepas direman 11 hari.
KSU bersama anak lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya selepas direman 11 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia