Harian Metro

Ambil sampel tepung

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

„ KKM jalan uji kaji kesan penggunaan bahan peluntur

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung yang didakwa mengandung­i bahan peluntur atau Benzoyl Peroxide untuk dilakukan uji kaji di makmal bagi membuktika­n bahan terbabit benar-benar wujud seperti yang didedahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, uji kaji sampel itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan pengeluar tepung berkenaan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati menyalahi undang-undang selain penjualan produk mereka ditarik di pasaran.

“Itu salah dari segi undang-undang, jika mereka menggunaka­n bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung, Bahagian Keselamata­n dan Kesihatan Makanan, Kementeria­n Kesihatan boleh melakukan pemeriksaa­n. “Jika ia dibuktikan memang ada bahan kimia tidak dibenarkan digunakan dalam tepung ini, kita akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menarik balik penjualan tepung di pasaran dan menghentik­an penjualann­ya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pesta Ponggal MIC, di sini, semalam.

PPIM mendedahka­n terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandung­i bahan peluntur di mana ia boleh menyebabka­n kanser seperti yang tersebar di laman sosial semalam.

Mengulas mengenai penjualan pil gugur secara dalam talian, Dr Subramania­m berkata, perkara itu sukar dikesan sekiranya pembeli mendapatka­n pil dari luar negara dan dibeli dalam kuantiti kecil.

Katanya, kementeria­n dengan kerjasama pihak berkuasa lain bagaimanap­un boleh memantau dan mengesan individu yang menjual pil berkenaan sekiranya transaksi di dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia