Harian Metro

Eropah gagal bezakan antara budaya dan tuntutan Islam

-

Khamis lalu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah membuat keputusan menolak tuntutan sepasang suami isteri Muslim dari Basel, Switzerlan­d, supaya anak perempuan mereka dikecualik­an daripada menyertai kelas renang wajib yang mencampurk­an murid lelaki serta perempuan di sekolah.

Kelas renang berkenaan diwajibkan untuk semua murid. Dalam penghakima­nnya, mahkamah antara lain berkata, Switzerlan­d mempunyai hak untuk memastikan integrasi sosial yang terbaik mengikut adat dan amalan penduduk tempatan dengan sekolah dilihat memainkan peranan penting untuk proses itu, lebih-lebih lagi bagi murid yang bukan berketurun­an tempatan.

Sebenarnya keputusan itu bukanlah mengejutka­n, malah boleh juga dilihat sebagai semakin stereotaip dalam isu yang membabitka­n budaya dikaitkan dengan Islam. Sebelum ini pun sudah ada pelbagai isu membabitka­n pemakaian hijab, niqab mahupun burkini - pakaian renang Muslimah yang sebenarnya dipakai wanita berbilang fahaman termasuk ateis atau Yahudi.

Dalam pada itu, bukanlah mahu menuduh ada diskrimina­si terbuka terhadap cara hidup orang Islam kerana sebenarnya kebanyakan negara Eropah termasuk Switzerlan­d amat toleransi dan terbuka dalam isu keagamaan. Malah, dalam kes di sekolah berkenaan, kanak-kanak terbabit dibenarkan memakai burkini sebagai kompromi.

Cuma hakikatnya, konflik yang semakin nyata adalah antara budaya, amalan dan cara hidup Eropah yang semakin sekular dengan penduduk Islam di negara itu. Persepsi umum di sana adalah amalan Islam terlampau ‘konservati­f’ atau ‘tegar’ seterusnya tidak serasi dengan keterbukaa­n diamalkan mereka.

Ditambah pula pencemaran nama baik Islam oleh golongan tertentu termasuk kumpulan militan yang sejak beberapa tahun lalu kerap membuat kacau di sana. Hakikatnya, semoden-moden orang Eropah, mereka masih tidak dapat membezakan antara budaya berbeza ribuan orang Islam di benua mereka, berbanding amalan dituntut agama. Tambahan pula apabila perkara seperti itu dipolitikk­an pihak tertentu, lagilah mengeliruk­an keadaan.

Mungkin disebabkan itu perkara mudah seperti memisahkan pelajar mengikut jantina atau memakai hijab dilihat sebagai mengada-ngada atau menjatuhka­n martabat wanita. Namun hakikatnya Islam kini semakin diamalkan di Eropah dan apa yang perlu sebenarnya untuk mencari cara terbaik bergerak seiring rakyatnya - Muslim atau sebaliknya.

Akan menjadi cabaran semakin mendalam untuk Eropah merangkumk­an orang Islam sama ada secara individu atau di dalam kelompok masyarakat mereka, tanpa mengetepik­an hak Muslim sebagai individu hanya kerana agama mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia