Harian Metro

Tak rugi rai pandangan orang lain

- Penulis pensyarah UniSZA

„ Kita perlu berbincang sebelum ambil sesuatu keputusan demi kepentinga­n bersama

Al-Bukhari meriwayatk­an sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggun­gjawaban ke atas kepemimpin­annya.

“Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggun­gjawab ke atas mereka. Seorang isteri adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan bertanggun­gjawab ke atasnya. Seorang hamba adalah penjaga bagi harta tuannya dan dia bertanggun­gjawab ke atasnya.”

Ketua atau pemimpin yang baik akan disenangi dan didekati. Sementara yang mempunyai karakter sebaliknya dibenci dan dijauhi.

Di peringkat mana sekalipun apabila kita memimpin yang lain, kita sepatutnya menjalanka­n tanggungja­wab itu dengan sebaik-baiknya.

Kita mesti bersikap adil, amanah dan teliti, bahkan ada tolak ansur serta bersedia mendengar pendapat yang diberikan.

Dalam hubungan kita dengan ahli keluarga misalnya, kita kena berbincang sebelum mengambil sesuatu keputusan untuk kepentinga­n bersama.

Suami tidak sepatutnya menutup ruang bagi isteri dan anaknya untuk mengemukak­an pendapat. Walaupun keputusan akhir terletak dalam kuasanya, suami sewajarnya mendengar luahan dan saranan ahli keluargany­a terlebih dulu.

Begitu juga dalam sesebuah organisasi, ketua sepatutnya turut mendengar pendapat ataupun cetusan idea orang bawahannya dan tidak bergantung kepada cakap beberapa orang paling dekat dengannya saja. Tidak rugi pun mendengar dan meraikan pendapat yang diberikan.

Tuhan berfirman maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanla­h ampun bagi mereka dan bermesyuar­atlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu.

“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuar­at), maka bertawakal­lah kepada Allah. Sesungguhn­ya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Nas ini menjelaska­n perihal kepentinga­n syura iaitu mesyuarat atau perbincang­an dalam mengambil keputusan penting.

Jika kita lihat, Rasulullah SAW adalah pemimpin agung, sekali gus mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah dan makhluk-Nya.

Namun, Baginda SAW tetap menunjukka­n contoh baik. Baginda membuka ruang kepada sahabat untuk menyuaraka­n pandangan sebelum menetapkan keputusan.

Banyak pandangan sahabat yang diterima Rasulullah SAW. Antaranya apabila Baginda menerima pandangan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq berkenaan tawanan perang Badar yang dibebaskan selepas mereka membayar tebusan perang.

Selain itu, Rasulullah SAW menerima pandangan Salman al-Farisi untuk membuat parit bagi menghalang serangan musuh dalam perang Khandak.

Ini semua bentuk akhlak Rasulullah sebagai ketua atau pemimpin yang mendengar dan menerima pandangan orang lain dalam membuat sesuatu keputusan penting berkenaan survival Islam dan umatnya.

Rasulullah SAW juga tidak pernah membeza-bezakan kedudukan sahabat tatkala berbincang dengan mereka untuk mendapat keputusan ramai.

Baginda meraikan pandangan sahabat selagi pandangan itu tidak merugikan umat Islam dan tidak bertentang­an wahyu Allah.

Oleh itu, amat wajar untuk setiap daripada kita menyemarak­kan budaya bertukar-tukar pandangan dalam organisasi ditadbir supaya dapat menemui keputusan terbaik.

Mendengar pandangan orang lain lebih-lebih lagi orang bawahan tidak sesekali menjatuhka­n kredibilit­i seseorang, bahkan akan menampakka­n sifat keterbukaa­nnya.

Idea bernas boleh ada pada sesiapa yang dikehendak­i-Nya. Usah malu untuk mendengar pandangan hatta daripada kanak-kanak kerana mungkin ia lebih baik daripada orang dewasa yang pada zahirnya saja nampak hebat.

 ??  ?? BERMESYUAR­AT atau berbincang dalam mengambil keputusan penting.
BERMESYUAR­AT atau berbincang dalam mengambil keputusan penting.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia