Harian Metro

Berkat makan beramai-ramai

-

Tidak mencela makanan

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: “Tidak pernah sekali pun Rasulullah SAW mencela makanan. Jika berselera, maka Baginda memakannya dan jika tidak suka, maka Baginda meninggalk­annya.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian:

Perbuatan mencela makanan boleh mengguris hati pemiliknya, sedang memuji makanan adalah pujian terhadap Allah dan penghibur hati pemiliknya.

Kelebihan makan bersama-sama

Daripada Wahsyi bin Harb RA; Sahabat Rasulullah SAW berkata: “Wahai Rasulullah! Kami makan, namun tidak berasa kenyang?”

Baginda bersabda: “Mungkin kamu makan sendiri-sendiri?”

Mereka menjawab: “Benar.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu, makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah. Nescaya kamu akan diberkati padanya.” (Riwayat Abu Daud) Huraian:

Hadis ini mengandung­i penjelasan bahawa keberkatan itu akan turun pada orang yang makan secara berjemaah.

At-Tabrani menambah, hadis daripada Ibnu Umar: “Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang dan makanan dua orang cukup untuk empat orang.”

Makan dari sisi Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Keberkatan itu turun di tengah-tengah makanan, maka kamu mulailah makan dari bahagian tepinya dan jangan kamu memulai makan dari tengahnya.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi dan at-Tirmidzi berkata, hadis hasan sahih)

Huraian:

Imam as-Syafie berkata: Jika seseorang memakan makanan yang lebih dekat dengan orang lain atau dari bahagian atas makanan, maka dia berdosa kerana perbuatann­ya itu jika dia mengetahui

larangan Nabi SAW ini.

Tidak makan bersandar

Daripada Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Saya tidak makan sambil bersandar.” (Riwayat al-Bukhari) Huraian:

Al-Khattabi berkata: Maksud bersandar di sini ialah duduk dengan bersandar pada tanah di bawahnya.

Beliau berkata lagi: Maksudnya adalah tidak duduk bersandark­an tanah dan bantal seperti yang dilakukan oleh orang yang ingin makan banyak makanan, namun duduk berlutut tidak bersandar pada tanah dan makan secukupnya.

Ini adalah pendapat al-Khattabi, sedangkan yang lain berpendapa­t orang yang bersandar ialah orang yang condong pada bahagian sampingnya.

Nabi SAW tidak duduk dengan bersila dan duduk condong. Sebab makan bersandar dengan posisi condong adalah perbuatan orang yang meninggi diri. Manakala makan dengan bersila diperboleh­kan.

- Sumber: Kitab Riyadus Solihin dan Penjelasan­nya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia