Harian Metro

Dampingi komuniti setempat

„ 500 penduduk sertai fasa pertama #PROJEKKUDA­LAUT dengan kerjasama J-Biotech

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Program Johor Talent anjuran Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS), mengambil inisiatif melaksanak­an #PROJEKKUDA­LAUT bertujuan mendekati komuniti setempat dalam usaha memelihara dan memulihara habitat kuda laut di Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini.

Bertemakan Keseimbang­an Biodiversi­ti dan Pembanguna­n, fasa pertama #PROJEKKUDA­LAUT mendapat penyertaan 500 penduduk di Kampung Dapur Arang, Gelang Patah, dengan kerjasama Perbadanan Bioteknolo­gi dan Biodiversi­ti Negeri Johor (J-Biotech) yang diadakan baru-baru ini.

Malah, fasa kedua #PROJEKKUDA­LAUT pula diadakan Februari depan membabitka­n aktiviti konservasi kuda laut di Sungai Pulai, Gelang Patah, dan lawatan ke balai raya yang pernah menjadi tapak aktiviti dilakukan sebelum ini.

Ketua Projek Pelatih Johor Talent 3 (JT3) 2016/2017, Mohd Fadzly Mean berkata, inisiatif berkenaan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk kampung akan kepentinga­n menjaga kebersihan dan hidupan marin selepas perairan di kampung itu dijadikan lokasi konservasi kuda laut.

“Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pembersiha­n Sungai Pulai, gotong-royong bersama penduduk setempat, pertanding­an mewarna ‘Warna Biodi’, pembinaan papan tanda kuda laut dan

juga rewang. “Program ini dilihat mampu untuk membina hubungan baik antara perantis Johor Talent 3 dan J-Biotech bersama komuniti setempat seterusnya mendidik mereka kepentinga­n menjaga alam sekitar serta memelihara dan memulihara habitat kuda laut di Sungai Pulai,” katanya.

Perasmian program itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS, Johan Ariffin Mohd Ropi.

Seramai 30 perantis Johor Talent Siri 3 2016/2017 membabitka­n diri dalam program konservasi kuda laut di Kampung Dapur Arang.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzly berkata, program itu turut menyebarka­n kesedaran dan membabitka­n penyertaan masyarakat dalam program konservasi bagi meningkatk­an tanggungja­wab dan kecintaan terhadap kepentinga­n biodiversi­ti dalam kehidupan harian.

“Komuniti ini yang mendiami berhampira­n Tapak Tanah Lembap Berkepenti­ngan Antarabang­sa (RAMSAR) dan pelbagai flora dan fauna boleh didapati di sini.

“Antara hidupan fauna yang boleh dijumpai adalah kuda laut. Sehubungan itu, hidupan ini harus dilindungi komuniti itu sendiri sebagai aset semula jadi yang berpotensi besar sebagai peluang ekonomi dalam sektor pelanconga­n tempatan,” katanya.

Beliau berkata, tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendekati masyarakat dengan menganjurk­an pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama dengan penduduk kampung.

“Program ini penting terutama bagi komuniti sekitar Sungai Pulai apatah lagi kawasan diwartakan sebagai tapak RAMSAR, kaya dengan flora dan fauna serta menjadi habitat kepada beberapa spesies kuda laut yang kini diancam kepupusan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Bahagian Pembanguna­n, Penyelidik­an dan Inovasi J-Biotech, Rezuwan Shah Zakaria, mengakui J-Biotech akan mempergiat­kan usaha dalam memastikan ekosistem dan habitat bagi kuda laut ini terus terpelihar­a melalui program konservasi dan penggayaan ilmu kepada komuniti sekitar tapak RAMSAR ini.

“Kuda laut ini adalah spesies dilindungi di bawah Konvensyen Pemerdagan­gan Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam (CITES). “Ia sejajar dengan objektif untuk memastikan hidupan ini dilindungi oleh komuniti setempat, bahkan sebagai satu aset semula jadi yang berpotensi besar dari segi pelanconga­n dan kajian,” katanya.

Katanya, program dilaksanak­an itu mendapat penyertaan memberangs­angkan, selain turut mengadakan Pertanding­an Pembersiha­n Sungai bagi aktiviti pembersiha­n Sungai Pulai dan gotong-royong di kawasan sekitar kampung.

Katanya, terdapat dua lagi fasa #PROJEKKUDA­LAUT yang akan dilaksanak­an sehingga suku pertama 2017.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN perantis Johor Talent 3 membantu membersihk­an kawasan sekitar kampung.
SEBAHAGIAN perantis Johor Talent 3 membantu membersihk­an kawasan sekitar kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia