Harian Metro

Kejamnya kau!

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

„ Penjual pil gugur kandungan guna gambar janin sebagai testimoni

Penjual pil gugur kandungan dalam talian semakin keji apabila menggunaka­n gambar janin digugurkan hasil penggunaan pil berkenaan sebagai bukti keberkesan­annya.

Siasatan Harian Metro mendapati penjual berkenaan menawarkan gambar testimoni pelanggan yang menggugurk­an kandungan menggunaka­n pil cytotec dan misoprosto­l.

Mereka menghantar gambar menyayat hati janin yang keluar selepas menelan pil berkenaan.

Pada masa sama, mereka menunjukka­n mesej pengalaman pelanggan yang menggunaka­n pil itu.

Wartawan Harian Metro berjaya mendapatka­n ‘penjual kejam’ itu selepas menyamar sebagai pelanggan. Berikut sebahagian perbualan berkenaan:

Ada jual pil gugur

Wartawan:

ke?

Penjual: Wartawan:

1 set ubat RM300

Set ubat tu macam mana?

1 set 16 pil cytotec, 2 pil misoprosto­l dan 2 pil cuci rahim. Semua ada 20 biji.

Penjual:

Wartawan:

COD (bayaran ketika penghantar­an) atau pos?

Penjual:

COD di Hospital xxxxxxx pada waktu malam saja atau pos.

Berkesan dalam masa berapa hari? Kena masuk hospital ke?

Tak, beli je ubat kalau nak jumpa depan

Wartawan:

Penjual:

hospital. Berkesan dalam 8 hingga 12 jam selepas makan ubat ‘bleeding’ (berlaku pendarahan) tapi ubat perlu makan habiskan. Kalau ikut cara penggunaan I bagi dengan betul dijamin berkesan dan ‘clear’.

Wartawan:

Penjual:

Saya hantar gambar.

Wartawan:

ke?

Penjual:

Apa bukti berkesan?

You

doktor

Tidak, kerja biasa di hospital. Kalau nak hantar nama, alamat dan nombor telefon.

Sementara itu, beberapa taktik penjual pil yang menggunaka­n testimoni gambar janin yang digugurkan itu turut tular di laman sosial.

Netizen yang berang mahu pihak berkuasa berbuat sesuatu membantera­s kegiatan haram itu.

 ??  ?? GAMBAR yang diberi kepada wartawan.
GAMBAR yang diberi kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia