Harian Metro

Lukisan 3D tumpuan swafoto

-

Tanjung Malim: Lukisan mural tiga dimensi (3D) di lorong belakang bangunan kedai dan persimpang­an jalan di sini mula menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan gambar serta swafoto menyebabka­n ia kini menjadi antara daya tarikan pengunjung ke pekan ini.

Sebelum ini, bahagian belakang lorong kedai berkenaan ‘dihantui’ dengan kesesakan parkir kenderaan dan sampah sarap namun usaha Majlis Daerah Muallim (MDM) membuat seni mural pada dinding itu bukan sahaja mengubah keadaan berkenaan tetapi menarik perhatian orang ramai.

Ada mural yang memberi maklumat mengenai sejarah negara, kawasan pelanconga­n serta gambar animasi di tiga lorong belakang bangunan kedai di pekan ini yang sebelum ini jarang dilalui orang ramai kerana faktor keselamata­n, tetapi kini menjadi tumpuan untuk menikmati keunikan mural 3D pada dinding di kawasan itu.

Seorang pengunjung, Mohd Zamree Zainol, 35, berkata, mural 3D yang berinforma­si memberi peluang kepada orang ramai melihat seni mural yang bermutu tinggi sambil mengetahui maklu- mat sebenar yang mahu disampaika­n melalui lukisan itu.

Katanya, dia terkejut apabila melihat lorong belakang kedai berwajah baru kerana sebelum ini penuh sesak dengan kenderaan dan jalannya berlopak serta berair namun kini jalan itu diturap cantik termasuk ada yang dipasang marmar manakala bahagian dinding dipenuhi dengan mural yang sungguh kreatif.

“Sebelum ini, jarang orang ramai melalui lorong belakang bangunan kedai berkenaan terutama apabila berseorang­an, tetapi kini tidak lagi dan langkah diambil oleh MDM wajar dipuji serta dihargai dalam usaha menarik minat orang ramai mengunjung­i pekan ini,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG teruja dengan mural 3D yang dipaparkan pada dinding belakang lorong kedai di Tanjung Malim.
PENGUNJUNG teruja dengan mural 3D yang dipaparkan pada dinding belakang lorong kedai di Tanjung Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia