Harian Metro

‘Pengeras’ RM400 untuk sijil bersih

-

Sepang: Bayar sahaja RM400 akan terus dapat sijil kategori premis makanan gred A iaitu sangat bersih.

Itu pengeras dikenakan sindiket menjual sijil kebersihan kepada pemilik restoran dan kedai makan di sekitar daerah ini.

Difahamkan, sindiket terbabit mengunjung­i premis makanan dengan berpakaian kemas dan menyamar kononnya dilantik Majlis Perbandara­n Sepang (MPSepang) untuk melakukan pemeriksaa­n.

Yang Dipertua MPSepang Datuk Puasa Md Taib berkata, menerusi aduan diterima daripada pemilik premis makanan, mereka mengatakan ditipu serta dipaksa membeli sijil berkenaan.

“Kami merujuk perkara ini kepada Kementeria­n Kesihatan sama ada wujud atau tidak sijil pengesahan daripada pihak itu selain akan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pada masa sama, beliau berkata, sijil yang sah dikeluarka­n MPSepang tidak memerlukan bayaran.

“Sijil berkenaan percuma dan kebiasaann­ya dikeluarka­n setiap awal tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Puasa menasihati peniaga premis makanan supaya berwaspada serta merujuk perkara itu kepada MPSepang bagi memastikan mereka tidak ditipu.

Penipuan sijil oleh sindiket itu susulan aduan membabitka­n pemilik premis makanan di pusat komersial Cyberjaya yang memaklumka­n, mangsa ditipu serta dipaksa membelinya dengan harga RM400 oleh sindiket menyamar sebagai individu dilantik MPSepang.

Kes kedua membabitka­n hasil pemeriksaa­n pegawai Jabatan Kesihatan MPSepang di premis makanan di Kampung Dato’ Abu

Bakar Baginda dan sindiket itu dipercayai menggunaka­n modus operandi sama.

 ??  ?? LELAKI berbaju coklat menjual sijil kepada pemilik premis.
LELAKI berbaju coklat menjual sijil kepada pemilik premis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia