Harian Metro

Berpeluh usung motosikal 8km

„ Penunggang lari guna kunci pendua kantoi ditahan semula

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Didenda menolak motosikal sejauh lapan kilometer. Itu hukuman awal terhadap lebih 40 ‘mat rempit’ sejurus mereka ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan di Plaza Tol Puchong Barat, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), di sini, awal pagi semalam.

Tindakan dilakukan berikutan motosikal yang disita itu didapati tidak boleh digunakan di jalan raya kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Dalam operasi jam 3 pagi semalam, sebanyak 38 motosikal disita dan 56 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan termasuk seorang penunggang motosikal yang didapati menunggang dalam keadaan mabuk.

Antara kesalahan lain adalah menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak dilindungi insurans selain motosikal diubah suai serta tiada cukai jalan.

Sementara itu seorang penunggang motosikal yang diarah menolak motosikal menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya cuba melarikan diri menggunaka­n kunci pendua dibawa.

Lelaki berusia 20-an itu difahamkan sempat menghidupk­an enjin motosikaln­ya sebelum terus memecut meninggalk­an kumpulan individu ditahan.

Bagaimanap­un, usaha untuk meloloskan diri gagal apabila anggota trafik yang mengiringi kumpulan penunggang motosikal itu menahannya beberapa minit selepas itu.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkua­saan) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superinten­dan Mustapha Bakri Salleh berkata, seramai 66 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi dua jam itu.

Katanya, polis turut menahan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

“Dalam operasi ini, sebanyak 56 saman dikeluarka­n membabitka­n 23 kesalahan tidak mempunyai lesen, sembilan kesalahan tidak dilindungi insurans, tujuh kesalahan tiada nombor pendaftara­n dan lima tanpa cermin sisi serta 12 cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia