Harian Metro

Rumah merekah

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ 200 penduduk bimbang retak di kediaman makin teruk

Baru lima tahun memiliki rumah namun lebih 200 penduduk di Taman Pinggiran Cyber, di sini terpaksa berdepan dengan masalah perubahan struktur rumah selain mengalami keretakan yang serius.

Lebih malang, sebahagian besar kediaman penduduk mengalami retakan kecil selepas tiga tahun menerima kunci rumah masing-masing dan ia semakin besar apabila kerja pembanguna­n dijalankan di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Bukan sahaja mengalami keretakan di bahagian rumah, malah struktur kediaman mereka turut berubah menyebabka­nnya boleh dikategori­kan sebagai tidak selamat untuk didiami.

Apa yang menyedihka­n, nasib yang menimpa penduduk di sini seolah-olah tidak dipedulika­n apabila tiada pihak yang tampil untuk menyelesai­kan masalah dihadapi walaupun sudah banyak kali diajukan kepada pihak berkenaan.

Seorang penduduk Raudzdah Mohd Rawi, 35, berkata, dia sudah buntu memikirkan keadaan keretakan rumahnya yang semakin teruk dari semasa ke semasa.

“Suami saya sudah beberapa kali membaiki retakan di dinding rumah, namun ia hanya kekal beberapa bulan malah kini, lantai di kawasan dapur pula retak sehingga mencederak­an kaki saya dan anak.

“Penduduk di sini sangat memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi kerana keselamata­n kami tidak lagi terjamin malah kos untuk membaiki rumah juga semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Pada Januari tahun lalu, Harian Metro pernah melaporkan lebih 150 penduduk di sini hidup dalam kebimbanga­n apabila kediaman mereka berdepan kerosakan struktur dan keretakan akibat mendapan tanah sebaik menginap di taman perumahan itu sejak lima tahun lalu.

Lebih menyedihka­n, penduduk juga terpaksa mengeluark­an duit sendiri untuk membaik pulih rumah masing-masing

apabila pemaju perumahan bankrap selepas tamat tempoh jaminan binaan selama 18 bulan.

Bagaimanap­un, masalah berkenaan tidak pernah selesai menyebabka­n penduduk tinggal dalam keadaan tidak selesa dan kurang selamat akibat keretakan yang kian melarat ke bahagian lain rumah mereka.

Seorang lagi penduduk Mohd Nazarrudin Abd Wahid, 39, berkata, dia tidak pernah tidur lena sejak kejadian serpihan siling bumbung rumah jatuh di atas kepala anaknya ketika sedang tidur menyebabka­n kecederaan ringan.

“Ketika kejadian, saya baru bangun dari tidur untuk bersiap pergi bekerja, namun secara tiba-tiba serpihan siling berkenaan jatuh dan terkena kepala anak yang masih lena tidur di atas katil, Alhamdulil­lah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selepas kejadian itu berlaku, saya tidak pernah tidur lena dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang siling itu akan jatuh dan menghempap kami,” katanya.

Mohd Nazarrudin berkata, keadaan rumahnya semakin teruk apabila kerja pembinaan di sekitar kawasan kediaman yang semakin rancak membangun, malah struktur rumahnya juga turut berubah akibat kerja pembanguna­n itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Shahrum Mohd Sharif ketika dihubungi berkata, beliau sudah menghubung­i pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu menyelesai­kan masalah keretakan rumah yang dihadapi penduduk sejak lima tahun lalu.

“Difahamkan, Majlis Perbandara­n Sepang (MPSepang) akan turun ke kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesai­an mengenai keretakan rumah yang dihadapi penduduk.

“Malah, MPSepang juga akan memanggil semula pemaju yang terbabit untuk bertanggun­gjawab ke atas kerosakan yang berlaku,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah penduduk Taman Pinggiran Cyber yang meretak.
KEADAAN rumah penduduk Taman Pinggiran Cyber yang meretak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia