Harian Metro

Panas hati gimnasium tutup tanpa notis

-

Klang: Lebih 200 ahli sebuah pusat gimnasium berang dengan tindakan penutupan tanpa notis premis itu yang mengakibat­kan mereka kerugian lebih RM180,000, minggu lalu.

Difahamkan, mereka antara 1,000 ahli yang mendaftar dengan gimnasium terletak di cawangan Bukit Tinggi di sini, dan Bandar Puteri, Puchong itu sejak 2012.

Semua mangsa yang membuat bayaran keahlian antara RM500 hingga RM1,000 bagi menikmati perkhidmat­an kecergasan dan nasihat senaman itu terkejut apabila mendapati kedua-dua pusat itu dikosongka­n, Selasa minggu lalu.

Wakil ahli gimnasium itu Herbert Chuah, 37, berkata penutupan itu disedari selepas mereka melihat notis penutupan yang ditampal di pintu premis berkenaan.

“Kami sememangny­a langsung tidak menerima sebarang surat atau notis secara peribadi mengenai penutupan berkenaan.

“Bagi mendapatka­n penjelasan lanjut, kami cuba menghubung­i pihak gimnasium itu namun tiada sebarang maklum balas diterima dan kami terpaksa tampil membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pada satu protes aman di depan bangunan premis itu di Bukit Tinggi di sini, semalam.

Dalam pada itu, mangsa, Suzanna Eng, 22, berkata dia pelik melihat gimnasium berkenaan yang didapati gelap.

“Saya menyangka ia menghadapi masalah bekalan elektrik dan tidak menyedari notis yang diletakkan di pintu sebelum menuju ke sebuah restoran berdekatan.

“Namun, saya terkejut melihat sebuah lori datang mengangkut peralatan premis itu,” katanya yang meminta pihak pengurusan premis itu tampil bagi menyelesai­kan isu berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli menunjukka­n laporan polis yang dibuat terhadap pemilik Pusat Gimnasium Signature Fitness.
SEBAHAGIAN ahli menunjukka­n laporan polis yang dibuat terhadap pemilik Pusat Gimnasium Signature Fitness.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia