Harian Metro

1,500 terima sumbangan

-

Kuala Lumpur: Prihatin dengan nasib orang yang memerlukan, seramai 1,500 individu dalam kalangan warga tua, anak yatim, bekas penagih dadah, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan gelandanga­n menerima sumbangan makanan dan angpau pada Karnival Kebajikan Bukit Bintang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, hujung bulan ini.

Karnival kali ke-12 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur berlangsun­g di KK Super Mart Bukit Bintang, dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Presiden BB Charity Society Datuk Dr KK Chai merangkap Pengerusi KK Group of Companies berkata, aktiviti tahunan NGO berkenaan bertujuan menghiburk­an golongan kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan kaum untuk bersama-sama merasai suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Pada tahun ini kami memilih ‘Kasih Abadi’ sebagai tema karnival, dengan memperuntu­kkan angpau dan beg berisi barangan keperluan kepada 1,500 golongan kurang bernasib baik berbanding tahun lalu hanya 1,300 orang.

“Program ini diadakan sempena mengambil kisah pertemuan saya dengan seorang bekas penagih dadah yang meminta supaya membantu orang yang memerlukan bantuan berdekatan Bukit Bintang, 12 tahun lalu,” katanya dalam ucapan, semalam.

Chai berkata, ada antara mereka memerlukan terdiri daripada penagih dadah yang dibuang keluarga, warga emas dan gelandanga­n tiada tempat berteduh.

“Bermula daripada situ saya bersama rakan NGO lain tidak saja memberi makanan malah hiburan kepada mereka dengan mendirikan pentas di Bukit Bintang selain golongan ini dapat merasai kasih sayang serta kemeriahan sempena Tahun Baru Cina,” katanya.

 ??  ?? KK Chai
KK Chai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia