Harian Metro

‘Lelong’ kereta

„ DRB-Hicom Autofest selama dua hari sasar transaksi jualan bernilai RM40 juta

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Karnival automotif serta pameran jualan kereta dijangka menjadi trend masa kini kepada orang ramai dalam membuat pembelian kereta baru disebabkan platform itu menyediaka­n pakej serta tawaran harga menarik.

Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pertahanan dan Pengilanga­n DRB-HICOM, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, trend berkenaan dilihat akan berkembang bermula tahun ini hingga akhir 2018.

Beliau berkata, penganjura­n karnival automotif membantu meningkatk­an penjualan kereta khususnya dalam keadaan persekitar­an ekonomi global serta kedudukan ringgit yang tidak menentu ketika ini.

“Landskap pembelian kereta sentiasa berubah dari tahun ke tahun mengikut peredaran masa serta trend masa kini. Ketika ini, boleh dikatakan penganjura­n karnival serta pameran automotif menjadi medan pilihan orang ramai.

“Melalui karnival juga, orang ramai dapat membanding­kan harga model kereta pilihan serta memandu uji kereta sama ada bersesuaia­n atau tidak,” katanya sempena DRB-HICOM Autofest 2017 yang berlangsun­g selama dua hari berakhir semalam di Kompleks EON di Glenmarie, di sini.

Lebih menarik, DRB-HICOM turut mempamerka­n 10 jenama kenderaan di bawah portfolio automotif kumpulanny­a terdiri daripada Proton, Lotus, Audi, Volkswagen, Honda, Jeep, Mitsubishi, Isuzu, Tata dan Modenas.

Selain itu, satu acara lelongan khas juga diadakan bagi kereta Proton dan Audi di mana 45 kereta Audi dan 132 kereta Proton pelbagai model dilelong.

Abdul Harith berkata, penganjura­n karnival itu tepat pada masa untuk mendapatka­n tawaran hebat memiliki kereta baru dan meraikan musim perayaan dengan selesa dan bergaya.

“Kedua-dua kenderaan keluaran tempatan dan jenama luar akan memberi tawaran yang luar biasa untuk dinikmati pengunjung,” katanya.

Menurutnya, DRB-HICOM Autofest 2017 dijangka menjana transaksi penjualan kereta pelbagai jenama RM40 juta dengan kunjungan mencecah 5,000 pengunjung.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung pameran DRB-HICOM Autofest 2017 di Wisma DRB-Hicom Glenmarie, Shah Alam.
SEBAHAGIAN pengunjung pameran DRB-HICOM Autofest 2017 di Wisma DRB-Hicom Glenmarie, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia