Harian Metro

NSK perluas rangkaian

- Mohd Amin Jalil bisnes@hmetro.com.my

„ Buka pasar raya borong terbaru di Seremban 2

Syarikat pemborong peruncitan, NSK Trade City (NSK) memperluas­kan rangkaian perniagaan­nya dengan membuka pasar raya borong terbaru di Seremban 2 di sini, kelmarin.

Pasar raya borong yang beroperasi di Lot 1814 dan 1816, Jalan Haruan 2, Kawasan Perindustr­ian Oakland itu antara yang terbesar berbanding rangkaian pasar borong sebelum ini.

Penasihat Kumpulan NSK Datuk Lim Choon Se berkata, pasar raya borong itu adalah yang ke-15 dibuka di negara ini dan pertama di luar kawasan Lembah Klang dan Selangor.

Menurutnya, pihaknya mengeluark­an pelaburan sebanyak RM200 juta bagi membuka pasar terbaru itu dalam usaha mengembang­kan lagi rangkaian perniagaan­nya selain memenuhi keperluan pengguna mendapatka­n barangan keperluan harian.

“Kami mengenal pasti Seremban 2 adalah kawasan strategik dan sesuai untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan peruncitan kerana pesat membangun terutama pembukaan taman perumahan baru selain jumlah tinggi.

“Malah, kami dapati ramai dalam kalangan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di sini, dan kami rasa pembukaan pasar raya borong NSK menepati keperluan mereka.

“Biarpun dalam situasi ekonomi tidak menentu tetapi

penduduk

yang saya yakin pelaburan dikeluarka­n bagi pembukaan pasar raya borong itu akan memberi kesan positif kepada kemajuan dan pencapaian syarikat,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarka­n pembukaan pasar raya borong itu di Jalan Haruan 2 di sini.

Katanya, pihaknya juga yakin pasar raya borong itu dapat memberi banyak pilihan kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan harian pada harga yang kompetetif.

Menurutnya, seperti pusat perniagaan lain, pasar raya borong NSK di Seremban 2 itu menawarkan semua jenis barangan termasuk barang basah, aksesori kediaman dan peralatan elektrik.

Katanya, sempena pembukaan, pihaknya menawarkan lebih 10 produk terpilih berharga RM1 setiap satu.

“Berdasarka­n sambutan orang ramai yang hadir membeli-belah, saya yakin pasar raya borong ini akan terus mendapat sambutan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata, NSK juga bercadang membuka sebuah lagi pasar raya borong di Johor Bahru pada tahun ini.

“Selepas Seremban 2, rangkaian pasar raya borong selepas ini adalah di Johor Bahru dan Melaka,” katanya. Sushi King Sdn Bhd, operator rangkaian restoran Sushi King merancang meluaskan lagi pasaran perniagaan­nya dengan memberi tumpuan untuk membuka lebih banyak cawangan baru di kawasan luar bandar.

Timbalan Pengarah Urusannya, Hiroki Mori berkata, pihaknya yakin mampu mencatatka­n pertumbuha­n lebih positif berbanding tahun lalu didorong oleh penambahan jumlah restoran.

Menurutnya, pada tahun ini, Sushi King merancang mengukuhka­n perniagaan dengan membuka antara 10 hingga 20 cawangan baru.

“Walaupun secara keseluruha­n syarikat sedikit terjejas disebabkan oleh pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), ditambah dengan faktor ekonomi semasa pada tahun lalu, syarikat dapat mencatatka­n hasil jualan memberangs­angkan didorong oleh pembukaan 13 cawangan baru.

“Sama seperti 2016, meskipun persekitar­an ekonomi mencabar, kami yakin strategi dan langkah penambahan Sushi King mampu menyokong pertumbuha­n syarikat dan mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju utama segmen sushi dalam pasaran tempatan,” katanya.

 ??  ?? LIM (tengah) melancarka­n pembukaan pasar raya borong NSK di Seremban 2.
LIM (tengah) melancarka­n pembukaan pasar raya borong NSK di Seremban 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia